08 - the truth

49 14 6
                                    

Tidak lama kemudian , Haruto telah tiba di rumah. Dari luar sahaja dia dan Sakura dapat mendengari esakan tangisan yang kuat daripada Minji. Mereka berdua mulai risau akan sahabatnya itu segera berlari masuk ke dalam rumah.

Setibanya mereka di dalam rumah , kelihatan Minji sedang menangis sambil menutup wajahnya dengan tangan.

Haruto dan Sakura saling berpandangan sebelum mereka berjalan mendekati Minji. Mereka duduk berlutut di sebelah Minji. Sakura lantas mendakap Minji dari sisi.

"Minji... Aku terpaksa jujur dengan kau.. Kau—" Minji memintas percakapan Haruto.

"JUJUR APANYA? CEPAT BUAT SESUATU DEKAT JEONGWOO. PANGGIL AMBULANS CEPAT. KENAPA KAU MASIH TERCEGAT DI SINI?!!" Bentak Minji ke arah Haruto membuatkan pasangan kekasih itu tersentak mendengarnya.

Haruto melepaskan keluhan. Dia mengumpulkan tenaganya sebelum dia sambung.

"Sebenarnya..."

"SEBENARNYA APA? KAU NAK JEONGWOO MATI KAN SEBAB NAK BAGI DIA HILANG DARAH BANYAK LEPASTU KAU NAK SALAHKAN AKU—"

"MINJI ! JEONGWOO DAH LAMA MENINGGAL ! APA YANG KAU SAKSIKAN SEKARANG NI HANYALAH BINGKAI GAMBAR DIA YANG DAH PECAH !"

Minji terdiam dari berkata-kata. Dia pandang ke arah Haruto dengan pandangan tidak percaya. Dia memandang ke arah Sakura pula sebelum dia mengalihkan perhatian ke arah tempat di mana Jeongwoo terbaring.

Benar.. Apa yang Haruto cakap. Di tempat Jeongwoo terbaring hanyalah sebuah bingkai gambar besar yang telah pecah. Dalam bingkai itu terdapat gambar Jeongwoo yang tersenyum sambil mengenakan pakaian sut berwarna biru gelap.

Jadi... Selama ini , dia bukan melayani Jeongwoo tapi bingkai suaminya.

The Frame - Jeongwoo ( C )Where stories live. Discover now