"Apa salah saya pada awak sampai awak tergamak buat macam ni?! CAKAP SEKARANG !" aku mula meninggikan suara aku dalam percakapan.
Jeongwoo hanya diam dan menundukkan kepala. Tangan aku mula menggeletar , rasa marah dan geram semakin membuak bagaikan lahar dalam diri aku. Kesabaran aku semakin menipis.
Jeongwoo mengabaikan pertanyaan aku. Dia tanpa berkata apa-apa terus ingin berjalan keluar dari rumah. Sepertinya hendak lari dari menjawab soalan aku dan kononnya mahu 'healing'.
Rasa amarah yang berada pada tahap maksimum mendorong diri aku untuk mengambil pasu bunga yang berada di sebelah aku dan membalingnya ke arah Jeongwoo.
Pasu itu terkena dan pecah pada kepala Jeongwoo membuatkan lelaki itu jatuh tertiarap di atas lantai dan tidak sedarkan diri. Aku yang baru tersedar akan perbuatan aku yang melampau itu terus berlari ke arah tubuhnya yang kaku terbaring.
Aku memusingkan badannya agar dia baring terlentang. Kelihatan lopak darah mengalir keluar dari kepalanya , menimbulkan rasa cemas dalam diri aku. Aku mulai buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Satu idea timbul. Aku segera mencapai telefon aku dan menghubungi Haruto.
"Helo? Kenapa kau telefon ni Minji?"
"Tolong.. Aku dah buatkan Jeongwoo pengsan. Aku takut , apa aku perlu buat" aku mula menangis di dalam panggilan. Tanganku kembali menggeletar.
"Okay , kau kena bertenang dulu. Cuma tetap berada dekat situ. Aku dan Sakura akan datang. Kau jangan buat apa-apa , termasuklah panggil ambulans."
Aku agak terkesima dengan ayat terakhir itu , namun aku tetap menuruti.
"Baik.. Aku tunggu" aku meletakkan panggilan dan memandang ke arah Jeongwoo yang masih tidak sedarkan diri.
Maafkan saya , abang.
YOU ARE READING
The Frame - Jeongwoo ( C )
Mystery / Thriller( C ) - a very short story Keperitan yang harus dialami oleh sang isteri iaitu diabaikan oleh suaminya sendiri. Namun, terdapat realiti lain yang disembunyikan. Cast : Jeongwoo , Haruto Genre : Thriller Catering : 13+ Idea : Me Started : 19/02/202...