05 - upset

43 12 1
                                    

"Dia langsung taknak layan aku , apa salah aku sehinggakan dia tergamak buat macam ni? Ajak makan taknak , aku peluk dia , dia tak layan. Besar sangat ke kesilapan aku sampaikan dia jadi macam ni?"

Luahku dengan nada yang penuh kekesalan dan kemarahan di dalam panggilan. Teman wanita Haruto , Sakura , hanya mendengar segala rintihan aku.

"Mungkin.. Dia nak masa untuk bersendirian. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia. Tak semestinya apa yang berlaku ni disebabkan oleh engkau. Lelaki ni kadang kalau dia rasa kesal atau terasa dengan seseorang , dia memang akan memilih untuk diam sebab taknak mengeruhkan keadaan."

Balasnya di dalam telefon. Aku hanya mendiamkan diri mendengar penjelasannya. Mungkin benar apa yang dia cakap.

"Hmm , mungkin betul.. Baiklah , aku akan cuba untuk hormat perasaan dia dan bagi dia sedikit ruang untuk bertenang. Terima kasih sebab dengar luahan aku. Jumpa lagi." ujarku sebelum meletakkan panggilan dan terus baring di atas katil bagi merehatkan minda yang kusut.

-------

Sakura's

Aku meletakkan telefon yang baru sahaja aku guna untuk berbual dengan Minji , isteri kepada Jeongwoo di atas meja.

Aku memandang ke arah Haruto yang dari tadi diam mendengar perbualan kami. 

"Awak taknak bagitahu dia kebenaran ke?"

"Saya nak , tapi tak sampai hati."

The Frame - Jeongwoo ( C )Where stories live. Discover now