Malam itu, aku tidur dengan rasa duka di hati. Persoalan yang kian menghantui minda aku masih tidak terjawab. Kegelisahan di hati aku ini masih tidak reda. Aku tidak henti menanyakan diri aku , apa kekhilafan yang telah aku lakukan sehingga suami aku memberikan layanan sebegini.
Pagi esoknya , aku bangkit dari tidur. Aku nampak dia bangun dari katil dan bergerak ke bilik air. Aku hanya diam dan membiarkan dia pergi. Aku bangun dari baringan dan mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja.
Nama Jeongwoo terpapar pada skrin dengan sepotong ayat berada di bawahnya. Aku menekan notifikasi tersebut dan kelihatan beberapa mesej telah dihantar oleh Haruto seawal 6 pagi. Sekarang jam menunjukkan 7 pagi.
Haruto juga merupakan salah seorang insan yang aku kenal. Dia kawan rapat kepada Jeongwoo. Dia sangat baik, menerima segala keadaan aku dan menganggap aku sebagai rakannya.
'Malam esok , kita dinner jom. Aku ambik' mesejnya ringkas.
'Okay' balasku pendek. Telefon diletakkan di tepi. Aku memandang ke arah pintu bilik air.
Tiada dengar bunyi pancutan air ataupun orang menggosok gigi. Aku bersangka baik menganggap bahawa dia belum mula mandi lagi.
Aku segera bangkit dari katil dan ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Selangkah aku keluar dari bilik tidur , baru kedengaran bunyi air di dalam tandas.
Mungkin , dia nak bersendirian?
YOU ARE READING
The Frame - Jeongwoo ( C )
Mystery / Thriller( C ) - a very short story Keperitan yang harus dialami oleh sang isteri iaitu diabaikan oleh suaminya sendiri. Namun, terdapat realiti lain yang disembunyikan. Cast : Jeongwoo , Haruto Genre : Thriller Catering : 13+ Idea : Me Started : 19/02/202...