chap 14

3 1 0
                                    

"Abang adik dah kenyang lah makan abang masak tadi sedap sangat... Nak air adik rasa macam tercekik lah pula" kata Ericque kepada abangnya.

"Nah air nya tu lah makan macam tak ingat dunia mana nya tak tercekik" kata Ariqque sambil menggelengkan kepala nya perlahan dengan sikap adik nya yang comel itu tak dapat di bandingkan lagi dengan sikap manja dan degil nya itu.

"Abang esok abang ada pergi mana-mana tak?" tanya Ericque sebelum sambung minum minuman yang abangnya buat tadi.

"Hmmm... Ada kenapa adik?" tanya Ariqque kembali kepada adiknya.

"Adik nak ajak abang gi pesta bunga api esok malam... Tapi tak pe lah kalau abang ada hal esok... Adik ok je" kata Ericque dengan nada yang seakan-akan mahu menangis itu.

"Erm... Tapi abang boleh cancel kan kerja abang buat hari esok je tau pastu hari lain abang kerja macam biasa" kata Ariqque kepada adiknya yang seakan-akan mahu menangis itu dan Ariqque tarik badan adiknya masuk ke dalam dakapan nya dan adiknya mula menangis perlahan.

"Adik kenapa nangis ni kan abang dah kata abang boleh je kosong kan jadual kerja abang untuk esok" kata Ariqque sambil mengusap-usap rambut adiknya dengan perlahan.

"Janji esok abang akan kosongkan jadual kerja?" kata Ericque yang masih menangis tak berlagu itu.

"Iya abang janji" kata Ariqque kepada adik nya sambil mengetatkan lagi pelukan adiknya.

"Abang esok pagi kita gi mall ye boleh?" kata Ericque lagi.

"Boleh je tapi nak buat apa kat mall?" tanya Ariqque kepada adiknya.

"Makan ice cream" kata Ericque kepada abangnya sambil tersenyum manja. Comel je adik aku ni kalau apa pun yang di riaksikan kat muka dia ni tetap comel macam selalu. Ariqque pun tersenyum kembali selepas adiknya tersenyum manja itu.

"Tapi esok adik tak sekolah ke? Kalau pagi-pagi adik dah cakap nak makan ice cream kat mall tu" kata Ariqque kepada adiknya.

"Tak biarlah cuti sehari nanti abang call lah cikgu juliana yang jadi guru kelas adik cakap lah esok adik tak sekolah... Boleh lah abang" kata Ericque sambil buat muka comel kepada abangnya.

"Iya lah adik cuma sehari je tau abang bagi adik cuti sekolah hari lain sekolah macam biasa ok" kata Ariqque kepada adik kesayangan nya.

"Ok" kata Ericque ringkas sahaja dan tambah pula buat muka comel dalam dakapan abangnya itu.

"Dah gi siapkan kerja yang tergendala tadi abang nak basuh pinggan, mangkuk dan cawan semua ni... Nanti abang teman adik buat kerja sekolah ye" kata Ariqque lembut kepada adiknya yang masih berada dalam dakapan nya.

"Baik" kata Ericque ringkas sahaja.

~skip~

Ariqque mula memasuki bilik adiknya dengan perlahan dan menaiki katil adiknya yang sedang tidur itu. Ariqque mula buka Iphone nya dan mencari nama Alex dan Juliana untuk esok hari dia offday dan adiknya pula esok cuti sehari.

Alex
Online

Weyh... Alex esok cancel flight ye aku nak luangkan masa ngan adik aku sebab tadi dia mogok makan kalau aku tak layan dia.

It's ok bro... Minggu depan baru flight kita ke US ok jam pukul 12 tengahari.

Ok bro. Oh lupa pulak aku nanti kau tolong chat si juliana yang adik aku esok tak sekolah sehari. Ok tu je. Bye.

Ok-ok.

Selesai je Ariqque chat Alex dia peluk adiknya yang sedang lena itu terus mendodoikan lagi adiknya supaya adiknya tak terjaga dari tidur lenanya. Sebelum Ariqque masuk dalam mimpi Ariqque sempat cium dahi adiknya sekilas sebelum masuk ke alam mimpi indah di malam hari itu.

~skip~

Pagi yang indah sudah menjelang tapi Ariqque dan juga Ericque tidak bangun lagi dari tidur lenanya. Tetapi Ericque sudah bangun dari lenanya dan Ericque memandang ke arah kanannya terlihat abangnya masih lena sambil memeluk dirinya. Ericque mula mengejutkan abangnya perlahan sebab dia mahu mandi dan turun ke bawah untuk sarapan pagi bersama mummy and daddy nya.

"Abang bangun nanti lambat nak sarapan pagi" Ericque cuba untuk kejut abangnya untuk bangun dan cuba untuk melepaskan pelukan abangnya dari nya.

"Abang bangun lah nanti kita lambat nak keluar sama-sama" kejut Ericque lagi buat kali kedua.

"Give me 5 minute adik... Abang masih ngantuk lagi ni" kata Ariqque kepada adiknya dan mengeratkan lagi pelukannya.

"Ish abang bangun lah... Adik dah lapar ni nak makan sarapan pagi dengan mummy and daddy" kata Ericque sambil melepaskan pelukan abangnya.

"Adik dah tak sayang abang ke? Sanggup ke nak tengok abang bawa kereta dalam keadaan mengantuk kalau accident macam mana?" kata Ariqque yang mata sudah pun terbuka kecil sahaja untuk melihat riaksi adiknya.

"Erm... Tak sanggup nanti kalau abang accident masuk hospital kan kalau abang masuk hospital siapa nak layan adik" kata Ericque yang masih dalam proses untuk memahami apa yang abang nya cuba cakap kan.

"Kalau tak sanggup tengok abang accident bagi abang tidur sekejap ye adik abang sayang nanti kita keluar sama-sama ok" Ariqque memujuk adiknya supaya bagi dua masa untuk tidur kembali kerana dia masih ngantuk kerana dia cuba periksa kerja sekolah adiknya sama ada dah siap ataupun belum pastu dia chat Alex yang dia offday hari ni so dia akan menikmati offday nya berada di rumah bersama adiknya dan keluar berdua bersama adiknya juga. Kalau tak teman adiknya habis lah dia nanti kalau adiknya mogok makan lagi susah juga nak pujuk bagi dia makan.

Mall

"Kita nak gi masuk mana dulu adik?" kata Ariqque kepada adiknya.

"Kita masuk kedai baju dulu pastu kita masuk kedai beg lepas kedai beg masuk pula kat kedai kasut sebab adik nak beli kasut baru pastu makan ice cream tempat biasa" kata Ericque panjang lebar sambil menayang senyuman manja kepada abangnya.

"Banyak nya tempat yang adik nak masuk... Kalau macam tu jom lah kita nanti lambat pula nak balik rumah... Adik pilih barang dah lah lama" ngomel Ariqque kepada adiknya.

"Ye lah" kata singkat Ericque kepada abangnya. Lalu mereka berdua jalan beriringan macam biasa sambil memegang tangan dan berjalan menuju dari satu kedai ke satu kedai. Akhirnya mereka berdua sudah membeli barang yang diperlukan. Ariqque dan Ericque mula melangkah ke arah kedai ice cream pula untuk melegakan tekak dengan benda yang sejuk. Ariqque dan Ericque mula melangkah ke arah meja biasanya di dalam kedai ice cream itu dan Ariqque melangkah ke arah kaunter pengorder dan Ericque pula sudah duduk di kerusi tempat biasa dia dan abangnya duduk.

Tbc

Sorry kalau pendek chapter kali ni. Author akan berusaha lagi untuk panjangkan chapter seterusnya. Jangan lupa macam biasa follow, vote and comment.

Tengku AriqqueTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang