Keesokan harinya pada waktu pagi Aniqque buka pintu bilik Ericque dan terlihat Ariqque juga ada di dalam bilik itu. Aniqque mula melangkah ke katil king itu untuk mengejutkan mereka berdua yang masih lagi tidur dalam keadaan berpelukan.
"Adik, angah bangun dah pagi ni... Jom turun sarapan dengan mommy and daddy... Sebelum turun sarapan bersihkan diri dulu baru segar badan tu"kata Aniqque kepada Ariqque dan Ericque sambil menggoyangkan tubuh badan mereka berdua supaya bangun dari tidur.
"herm... Kejap lagi angah turun lah... Ngantuk lagi lah along... Malam tadi pujuk budak manja ni sampai tertidur" kata Ariqque kepada abang nya.
"Ye lah... Bangun cepat nanti ada meeting penting mommy and daddy kata tadi" kata Aniqque lagi kepada Ariqque.
"Ok... Nanti angah turun dengan adik Eric sekali"kata Ariqque kepada abang nya kembali. Lalu dia menutup kelopak mata nya yang masih mengantuk itu. Aniqque pula sudah melangkahkan kaki nya keluar dari bilik itu dengan menutup pintu bilik itu rapat dan dia berjalan ke arah dapur untuk makan sarapan bersama mommy and daddy nya.
"Eh... Along mana angah dengan Adik Eric?" tanya Puan Marianne kepada anak sulung nya tentang keberadaan lagi dua orang anak lelakinya.
"Ariq kata dia mengantuk lagi sebab pujuk adik tak berhenti nangis sampai lewat pagi... Biar je lah diaorang tidur dulu nanti kalau dah bangun diaorang tahu lah nak turun dapur masak sendiri ke apa ke... Tadi along tengok diaorang macam letih semacam sebab bawah mata diaorang ada lingkaran hitam macam panda... Mungkin effect tak cukup tidur kot nye lah"kata Aniqque kepada pertanyaan mommy nya sambil mengangkat bahu tanda tak yakin dengan kata nya yang terakhir.
"Ha... Ye lah... Cepat makan nanti terlepas pula nak pergi meeting penting tu" kata Tuan Syamsul pula kepada anak lelaki sulung nya itu. Seperti biasa mereka makan dengan keadaan senyap tanpa mengeluarkan suara hanya suara sudu dan garfu bertembung antara satu sama lain. Tiba-tiba Aniqque bersuara kembali untuk menanyakan kepada Puan Marianne dan juga Tuan Syamsul.
"Kita sebenarnya nak pergi meeting yang dekat mana? Lepastu kita meeting nanti jumpa siapa? Sampai penting sangat tu?" tanya Aniqque kepada mommy and daddy nya.
"Nanti kita meeting dengan keluar si Alex kawan kamu tu lah... Alex tak bagi tahu kamu ke yang kita kena meeting dengan syarikat dia?" tanya Tuan Syamsul kembali kepada anak lelaki sulung nya.
"Dia tak bagi tahu pun yang kita akan meeting sekali dengan dia dekat syarikat papa dia"kata Aniqque geram dengan budak bernama Alex itu sebab tidak beritahu kepada nya pasal hal penting sebeginian.
"Herm... Dia lupa kot tu yang dia tak bagi tahu kamu... Kalau dia bagi tahu kamu pun kamu bukan dengar dia cakap pun"bidas mommy nya si Aniqque.
"Ala... Mommy ni macam tak tau perangai anak mommy ni macam mana... Kalau hal penting sekali pun memang Aniq tak kan ambil tahu... Hehe"kata Aniqque kepada mommy nya sambil diakhiri dengan ketawa kecil, lalu dia menyuapkan makanan sarapannya pada pagi ini dan dia meletakkan pinggan yang diguna sebentar tadi di dalam sinki. Ye lah... Tak kan dia nak basuh pula kan... Rumah itu memang ada maid tapi dia hanya kerja separuh masa bukan macam maid dekat rumah Malaysia nya memang maid nya akan 24 jam kerja di situ.
~Sementara di bilik Ericque~
Ericque sudah bangun dari tidur lenanya dan melihat di sebelah nya masih ada lagi abang Ariqque nya. Dia panjat naik ke perut abang nya yang masih lena di buai mimpi itu dia duduk kan perut abang nya dan peluk tubuh badan abang nya itu erat-erat macam tak nak lepas. Dia tersenyum sendiri dan dia merasakan ada pergerakan datang dari tubuh badan abang nya dia lagi tersenyum lebar sebab abang nya dah mula terjaga.

YOU ARE READING
Tengku Ariqque
RomanceNi karya pertama yang saya buat dengan idea sendiri... Singgah lah baca ye... Siapa qayyum aqil? Siapa qayyum aqif? Siapa dua orang kembar ni? Kenapa dua orang kembar ni tak ada gelaran tengku? "aku akan lindungi orang yang aku sayang dan tak ad...