Setibanya mereka tiba di hadapan rumah agam yang lebih besar berbanding rumah agam yang berada di Malaysia, pintu rumah itu terbuka dan tersembul lah wajah yang amat di rindui oleh keluar Tengku itu.
"Assalamualaikum along!!!... Along apa khabar? Sihat ke? Ya Allah... Mummy ngan daddy rindu along sangat-sangat tau..." kata Puan Marianne kepada anak sulung nya dengan titisan air mata yang masih mengalir di pipinya.
"Waalaikumussalam, mummy, daddy... Along sihat je ni... Angah dengan bongsu tak rindu along ke?" kata Aniqque kepada Ariqque dan juga Ericque.
"Siapa kata angah tak rindu along... Rindu lah... Kalau angah tak rindu along tak ada nya angah datang sini tau" kata Ariqque sambil memeluk abang sulung nya. Sementara di tempat Ericque masih berdiri tegak dengan memasang wajah bingung.
"Abang ni siapa?" tanya Ericque kepada Aniqque.
"Nama abang Tengku Aniqque Bin Tengku Syamsul... Abang kepada Tengku Ariqque dan juga abang kepada Tengku Ericque" Aniqque menjawap pertanyaan dari adik bongsu nya sambil tersenyum.
"Ha!!! Jadi abang Aniq lah yang ada dalam mimpi Eric masa Eric demam minggu lepas kan"
"Haah... Abang lah tu... Kenapa? Tak suka ke kalau abang muncul dalam mimpi adik... Abang dah lama tak jumpa adik... Masa abang jumpa adik tu adik baru je di lahirkan dalam masa yang sama abang excident... Eh dah lama sangat duduk depan pintu ni... Ha... Masuk-masuk nanti beg-beg semua biar diaorang yang bawa masuk" Aniqque tukar topik kerana dia juga rindu kepada adik bongsu nya yang sudah lama dia tidak jumpa walaupun hanya sekejap dia tetap rindu.
"Ariq nanti malam teman abang jom jumpa Alex... Kata Alex dia nak jumpa dengan Ariq sekali... Esok dah boleh masuk kelas pertahankan diri... Abang pun akan datang esok ke sana sebab abang pun belajar pertahankan diri dari 6 tahun yang lepas sampai lah sekarang... Tak apa kalau Ariq tak tau nanti abang ajar selebih nya Alex yang akan ajar... Ok" kata Aniqque kepada Ariqque tentang kelas pertahanan diri itu. Tak heran lah kalau Aniqque tahu yang adik nya si Ariqque tu nak masuk... Dah harap maklum Alex yang bagi tahu dia.
"Ok lah... Ariq nak bawa si bongsu naik dulu dah tertidur dia kat sofa tu" kata Ariqque kepada abang sulung nya dan dia pergi kearah Ericque untuk mendukung dengan gaya bridal style untuk di bawa masuk ke dalam bilik milik Ericque yang berada di hadapan bilik tidur milik nya.
"Dari dulu sampai sekarang masih sama perangai caring nya tu... Tak apa lah... Asalkan si bongsu tak sakit atau cedera lagi kalau si Ariq yang akan jaga si bongsu tu..." kata Aniqque dalam hati.
"Along tak nak tidur dulu ke sebelum waktu malam tiba? Mommy nak pergi dapur kejap nak siap-siapkan makan malam kita lagi beberapa jam je nak masuk waktu makan malam... Tapi kan along... Kenapa dah lama tak balik Malaysia... Kesian Angah rindu dengan along... Lama tau along tak balik... Sampai si bongsu tak kenal langsung dengan si along ni... Esok mommy nak along jaga bongsu kat rumah tak pon pergi shopping complex... Angah dah janji nak belanja bongsu esok korang bertiga pergi lah ye... Mommy dengan daddy ada hal esok nak pergi jumpa kawan-kawan lama yang ada kat sini... Pergi shopping nanti hati-hati tau... Dah pergi panggil angah dengan adik makan malam kejap lagi" kata Puan marianne panjang lebar.
"Baik lah mommy... Along naik atas dulu... Nak panggil dua orang budak manja tu"kata Aniqque selamba sebelum dia melangkahkan kaki nya ke arah bilik tidur Ariqque dan juga Ericque.
Krekkk~~
Pintu bilik Ericque di buka dengan perlahan oleh Aniqque dan mata Aniqque terbuka lebih besar kerana terkejut dan mulut terbuka sedikit apa yang di lihat depan matanya masih terkejut. Ariqque yang sedang tidur di atas katil milik Ericque dan Ericque pula sedang memeluk Ariqque yang tidur terlentang itu tidak lupa kepala milik Ericque berada di atas dada bidang milik Ariqque.

YOU ARE READING
Tengku Ariqque
RomansaNi karya pertama yang saya buat dengan idea sendiri... Singgah lah baca ye... Siapa qayyum aqil? Siapa qayyum aqif? Siapa dua orang kembar ni? Kenapa dua orang kembar ni tak ada gelaran tengku? "aku akan lindungi orang yang aku sayang dan tak ad...