Ericque mula bangun dari pembaringannya dan memandang sekeliling dan melihat abangnya masih tidur sambil membuat palang di tengah-tengah katil milik abangnya dengan bantal peluk untuk memastikan ada jarak di antara Ericque dan juga Ariqque supaya demam Ericque tidak di jangkiti oleh Ariqque.
Ericque cuba bangun dari duduknya tetapi dia jatuh semula sebelum kepalanya mendarat di anu abangnya. Ariqque mula merasakan gerakan berpunca dari adiknya yang terjatuh tadi dan mata milik Ariqque terbuka luas mungkin sebab terkejut kerana adiknya punya kepala hampir jatuh atas anu nya. Ariqque cepat-cepat bangun dari pembaringannya mula memandang adiknya yang masih hampir terbaring itu kaku tak bergerak.
"Adik... Adik kenapa ni? Kenapa tak kejutkan abang? Lain kali kejut je lah ni adik nak apa-apa tak abang boleh ambilkan" kata Ariqque sambil memegang bahu adiknya yang masih statik dengan separuh baringnya tanpa bergerak.
"Adik?" panggil Ariqque kepada adiknya yang di tarik masuk dalam dakapan nya.
"Adik kenapa ni?... Nyahut lah abang cakap" air mata Ariqque mengalir dengan pantas dan jatuh betul-betul di atas dahi adiknya yang masih berada di dalam pelukan hangatnya seorang abang.
"A-abang" panggil Ericque kepada abangnya.
"Adik!!!..." jerit Ariqque kepada adik nya kembali.
"A-abang... A-adik n-nak bangun t-tapi t-tak dapat n-nak d-diri" kata Ericque sambil air matanya jatuh ke pipi dengan laju.
"Adik nak apa? Abang ambil kan ye... Adik demam sebab tu lah tak dapat bangun nak jalan sebab badan adik lemah lagi" kata Ariqque untuk memujuk adiknya yang sedari tadi menangis tak henti-henti.
"Ok... Tapi kenapa adik tak dapat nak diri abang? Adik punya badan kenapa jadi macam ni? Selalu nya tak ada pun abang" tanya Ericque kepada abangnya.
"Mungkin sebab adik demam panas kot... Tu yang jadi lemah sangat badan adik ni" kata Ariqque kepada adik kesayangan nya.
"Ouh... Kalau macam tu... Adik tak perlu risau lah kan abang?" kata ericque kepada abang nya.
"Ya adik abang yang abang sayang ni... " kata ariqque sambil memeluk badan adik nya yang masih terbaring lemah itu.
"Adik nak makan apa lagi? Abang boleh masakkan" tanya ariqque kepada adiknya ericque.
"Erm... Adik nak makan bubur ayam... Pastu adik nak air susu lembu rendah lemak ye abang... Boleh?" kata ericque kepada abang nya supaya membeli makanan dan minuman yang dia inginkan kepada abangnya kerana dia juga terasa lapar waktu itu.
"Boleh je adik... Nanti abang bawa naik atas ye... Pastu nanti abang suruh kawan abang jaga adik sekejap boleh? Abang nak gi office sekejap nak jumpa daddy" kata ariqque kepada adiknya.
"Kawan abang yang mana satu? Abang aqil ke abang aqif?" tanya ericque kepada abangnya dengan nada perlahan.
"Kawan kerja abang satu office jugak... Nanti dia datang waktu petang... Nama kawan abang tu Alex dia orang Amerika tapi dia boleh cakap melayu jugak macam keluarga kita lah... Tak pe adik jangan lah risau dia baik orang nye... Ok" Ariqque beritahu adiknya supaya tidak perlu risau kerana dia menyuruh Alex datang ke rumah keluarganya dengan kadar segera.
Memandangkan adiknya sedang demam panas. Dia juga sempat menelefon doktor peribadinya sendiri ketika dia sakit masa dahulu cuma ada luka lebam dan demam panas kerana berlawan dengan musuh nya ketika sekolah menengah dahulu sebelum adiknya lahir, beberapa tahun lalu dulu lah senang cerita.
"Ok abang... Tapi jangan lama sangat tau pergi office jumpa daddy... Adik takut lah abang sorang-sorang nie rumah dah lah besar pastu tinggal adik sorang-sorang nanti ada orang kacau adik ke macam mana? Janji abang balik awal ye... Pastu abang pergi bawah masak makanan adik... Adik nak bubur ayam dengan susu lembu rendah lemak ok... Adik lapar nie abang!!!" kata Ericque dengan nada perlahan dan juga seperti mahu menangis kerana kepala nya terasa berdenyut-denyut akibat pening kepala punca dari demam panas nya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku Ariqque
RomanceNi karya pertama yang saya buat dengan idea sendiri... Singgah lah baca ye... Siapa qayyum aqil? Siapa qayyum aqif? Siapa dua orang kembar ni? Kenapa dua orang kembar ni tak ada gelaran tengku? "aku akan lindungi orang yang aku sayang dan tak ad...