chap 19

2 1 0
                                    

      Mereka bertiga sudah pun berada di pintu utama shopping mall itu. Terlihat agak sesak kerana selalu nya shopping mall ini di penuhi oleh budak sekolah menengah, pelajar kolej dan rakan-rakan yang ingin buat reunion di mana-mana cafe yang sesuai dengan tema reunion mereka.

"Adik nak masuk kedai mana dulu? Nanti tak dapat makan ice cream baskin-robbin kegemaran adik kalau lambat sebab kedai ice cream tu selalu tutup awal dalam 8.00 malam."kata Aniqque kepada adik bongsu nya sambil menggenggam tangan kiri adiknya yang lebih kecil daripada nya yang saiz sesuai untuk seusia nya.

"Haah dik... Baik cepat pilih barang yang adik nak, cepat juga dapat makan ice cream"kata Ariqque pula kepada adik kesayangan nya sambil menggenggam tangan kanan Ericque supaya tak tersesat dalam kesesakan dalam mall itu.

"Erm... Baju dulu pastu seluar pastu cap pastu beg sekolah baru pastu beli beg jalan baru pastu beli kasut baru pastu stoking baru pastu beli underware baru pastu baru makan ice cream"kata Ericque kepada kedua-dua abangnya. Ariqque dan Aniqque masih tercengang dengar apa yang adiknya kata kan tadi. Banyak sekali mahu beli. Maklumlah 4 kali ganda kena belanja si Ericque tu sebab merajuk dengan Ariqque dan juga Aniqque. Nasib baik anak bangsawan beli apa-apa pun still tak berkurang duit dalam card credit nya.

      Mereka bertiga mula melangkahkan kaki nya ke dalam satu kedai demi satu kedai untuk mencari barang yang adiknya berkenan sebelum mereka bertiga dapat makan ice cream.

"Adik banyak lagi ke nak beli barang ni? Dah penuh tangan kanan abang Ariq ni..."kata Ariqque kepada adiknya yang masih lagi mencari barang yang dia mahukan.

"Haah dik... Tangan kiri abang pun dah penuh... Lagi pun jam sekarang ni dah pukul 7.30 malam bila boleh dapat makan ice cream? Kedai ais krim nya nanti tutup macam mana? Adik tak dapat makan ais krim abang Aniq dengan abang Ariq pun tak dapat makan tau... Abang Aniq  teringin nak makan ais krim tu sebab lama tak datang mall ni"kata Aniqque kepada adiknya yang masih lagi berjalan beriringan dengan nya dan juga Ariqque. Ericque tiba-tiba menoleh ke arah kedua-dua abang nya lalu bertanya.

"Abang, adik nak makan ais krim juga tapi adik nak beli teddy bear dulu baru makan ais krim... Tapi adik tak jumpa kedai teddy bear tu" kata Ericque kepada kedua-dua abang nya dengan tatapan sayu seakan-akan mahu menangis itu dan berhenti dari berjalan. Ariqque yang perasan itu mula tunduk sedikit untuk memandang tepat ke arah mata Ericque.

"Adik nak beli teddy bear tu esok aje lah ye... Sekarang kita makan ais krim dulu esok kita cari lagi ye"Ariqque memujuk adiknya yang mahu menangis itu. Ariqque dan Aniqque peluk adiknya kemas untuk meredakan tangisan adiknya itu.

    Mereka bertiga berjalan ke arah kedai ais krim yang tertulis baskin-robbin di atas pintu utama kedai ais krim itu. Mereka bertiga masuk ke dalam kedai ais krim itu untuk melepaskan rasa haus yang terasa pada waktu malam itu.

    Mereka bertiga keluar dari pintu utama mall itu dengan tangan kanan dan tangan kiri milik Ariqque dan Aniqque penuh dengan barang adik nya si Ericque dan juga barang mereka berdua. Mereka menuju ke arah kereta BMW milik abang nya si Aniqque.

     Sampai sahaja mereka bertiga di perkarangan rumah agam itu kelihatan dalam rumah lampu di ruang tamu terbuka. Mereka berjalan menuju ke arah pintu utama rumah itu dengan berhati-hati kerana selalu nya rumah itu sudah gelap memandangkan jam sudah masuk ke angka 12 malam.

    Dalam keadaan gelap gelita, mereka melihat ada sosok tubuh perempuan sedang berjalan menuju ke arah pintu utama rumah itu. Mereka bertiga berdiri betul-betul di hadapan pintu itu dan sosok perempuan itu makin lama makin dekat dengan pintu itu. Sosok perempuan itu mula membuka pintu itu dan mereka bertiga berteriak kerana terkejut.

Tengku AriqqueWhere stories live. Discover now