Sekejap sahaja masa berlalu. Pejam celik pejam celik, twin sudah pun bersekolah di sekolah rendah. 7 tahun sudah usia mereka.
Rayn pula sedang berbadan dua. Ye la, twin pun dah besar dah pandai bawak diri. Dia pun dah tua, Umar lagi la tua. Hihi, dia baru 34 tahun. Umar dah 38 tahun.
Fitra??? Bahagia dah perempuan tu dengan jejaka pujaan dia. Anak pun dah 3 orang. Faris sudah 6 tahun, anak keduanya perempuan sudah 3 tahun dan yang kecil sekali juga perempuan baru setahun 2 bulan.
Nani pulak?? Dia pun sama, 6 tahun usia perkahwinan dia dengan Syakir. Alhamdulillah, anak dah dua. Dua-dua lelaki. Seorang 5 tahun seorang lagi 3 tahun. Nak masuk 3 anaknya, 6 bulan dalam perut.
Dilla, anak dia 2 orang. Seorang lelaki sorang perempuan. Dah dapat sepasang, dia kata nak rehat. Ceeehhh. Anak sulung dia lelaki, umur 5 tahun yang perempuan pulak 2 tahun.
Iman pula, dah 3. 2 lelaki seorang perempuan. Yang lelaki, 4 tahun. Yang kedua lelaki juga, 2 tahun. Yang kecil perempuan baru 8 bulan.
Nissa dan Izza?? Dorang pun kahwin serentak. 3 tahun yang lalu.
Izza dah beranak 2. Dua-dua perempuan. Seorang 2 tahun seorang 3 bulan. Baru je lahir.
Nisa pula, baru seorang. Perempuan. Baru 2 tahun. Tapi katanya Nisa dah berbadan dua juga. Baru lagi, dalam 3 bulan macam tu.
Semua cicit Atok dari cucu perempuan ada 13. Belum kira yang dalam perut lagi.
Tapi, Al-Fatihah untuk Atok. Atok sudah meninggal dunia 3 bukan selepas Nisa dan Izza diijab kabulkan.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
"mummy!!!!!! Ayah balik!!!!!! "jeritan dari si kembar yang berada di ruang tamu kedengaran.
Rayn mengerutkan dahi.
"cepatnya balik, bukan minggu depan ke?? "omel Rayn lalu melangkah turun ke tingkat bawah.
"Ya Allah!! Raiyan Raisha, turun la. Ayah kan baru balik tu. "tegur Rayn bila dua anaknya sedang didukung oleh Umar.
Umar hanya tersenyum lalu meletakkan kedua anaknya di atas sofa. Kuat betul.
Dia menghampiri Rayn.
Perut Rayn yang memboyot itu diusap lembut.
"assalamualaikum anak ayah. "kata Umar
Rayn tersenyum
"waalaikummussalam ayah. "jawab Rayn dengan suara kecilnya.
"kenapa awal abang balik?? Bukan minggu depan ke?? "soal Rayn lalu mengajak Umar untuk duduk.
"esokkan sayang check up. Abang nak temankan sayang. Lagipun lusa kan dah start cuti sekolah. Abang plan nak bercuti dengan Syakir sekali. "kata Umar
"wah!! Serius la?! "
Umar mengangguk.
"nak pergi holiday ke ayah??" soal Raisha
"yes princess. "kata Umar.
"uncle Affan??? "soal Raiyan.
"haah la bang, lupa pasal budak tu. "kata Rayn. Boleh pulak dia lupa adiknya itu. Affan sudah berusia 13 tahun. Dia dah masuk asrama.
"kita bawak la dia sekali. Kan cuti sekolah. "kata Umar
Rayn mengangguk setuju.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Sudah hari kedua mereka di Pulau Perhentian. Pulau yang banyak menyimpan kenangan manis Rayn dan Umar.
Rayn sedang leka memandang Raiyan, Raisha dan Affan yang sedang bermain berdekatan dengan air.
YOU ARE READING
RAYN ILHAM ✔️
Romance2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-ciri seorang wanita melayu terakhir. UMAR AL-KHALID, lelaki ini hidupnya terlampau serius dan penuh...