"nak ikut!! "
"Ya Allah budak ni, dah serupa budak 6 tahun ni dah kenapa?? "soal Encik Razif.
"Rayn nak ikut abah. "kata Rayn.
"Rayn duduk dengan abang Umar ye. Nanti abang Umar hantar Rayn pergi sekolah. Sebab motor ada satu saja. Nanti masa Rayn kat sekolah, abang nak guna motor. Susah. "kata Puan Zakiah.
Rayn memandang Umar yang muka macam orang tak ada perasaan.
"dah, petang nanti tunggu Mak Yon datang. "arah Encik Razif.
Mak Yon adalah orang yang menjaga Rayn jikalau Encik Razif pergi outstation.
Rayn hanya mampu mengalah. Dia melambai abah dan uminya yang sudah masuk ke dalam kereta.
Bibir dicebikkan.
"dah, masuk. Tak payah nak buat cerita sedih. "suara Umar menyelit.
Mata Rayn tajam memandang wajah Umar.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Selipar ditanggal ditengah-tengah pintu rumah.
"selipar ni tak tahu letak kat rak ke?"soal Umar
"nanti nak guna lah. "
"nanti nak guna ke, esok nak guna ke. Letak atas rak. Sekarang!"
Rayn mengeluh, terus dia mencapai selipar dan diletak di rak yang bersebelahan dengan pintu.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Rayn ke tingkat atas manakala Umar ke dapur. Dah macam terbalik je nihh.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Petang itu, Rayn sedang bersiap ingin keluar bersama Fitra.
Biasanya kalau hujung minggu, memang dia akan lepak sama-sama dengan Fitra.
Baru sahaja Rayn mahu mencapai seliparnya yang berada di atas rak, dia disapa.
"nak pergi mana?? "soal Umar
"keluar."
"dengan siapa?? "
"kawan. "
"laki perempuan?? "
"of course perempuan. Kalau laki pun kenapa."
"kalau laki, kau masuk balik. "kata Umar
"hehe, tak tak. Perempuan. "kata Rayn
Umar mengecilkan matanya memandang Rayn.
"auch, jangan la buat muka macam tuh abang ku. Terlampau handsome. "kata Rayn.
Terus dia menyarungkan selipar dan berlari menuju je motor. Enjin dihidupkan dan terus dia memecut ke tempat lepaknya bersama Fitra.
Umar yang melihat hanya menggeleng.
"sepanjang aku kat sana, tak de siapa berani cakap macam tu kat aku. "omel Umar
"apa yang di cakap tu?"soal Mak Yon
"eh Mak Yon. "
"mari masuk, nanti pukul 6 balik la Rayn tu. "kata Mak Yon.
Umar mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Di taman,
"kau dah jumpa abang kau?? "soal Fitra
Rayn mengangguk.
Fitra tersenyum sambil membetulkan lipatan tudungnya.
"handsome tak??? "
Rayn menggeleng.
YOU ARE READING
RAYN ILHAM ✔️
Romance2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-ciri seorang wanita melayu terakhir. UMAR AL-KHALID, lelaki ini hidupnya terlampau serius dan penuh...