R A Y N I L H AM - 1 4 💕

9.7K 380 16
                                    

Harini merupakan hari pertama mereka berpuasa. Seminggu selepas mereka turun dari Cameron, dah puasa.

"Affan, apa tidur maghrib-maghrib ni. Bangun la. Nak berbuka dah. "

Sebut je berbuka, terus celik mata Affan.

"dah berbuka ke?? "soal Affan

"eleh, macam la awak tu puasa sangat."

"tapi Affan lapar, kakak bagi minum air je. "adu Affan

"tapi boleh tahan kan?? Adik kakak strong boy kan??? "

Affan mengangguk.

"abang tak balik ke?? "soal Affan tiba-tiba

Rayn terdiam.

Ye la, haritu masa di Cameron, Umar ada mesej dia. Katanya, dia akan balik sekejap. Dan seterusnya akan bekerja dan malam raya baru pulang.

"tak pe la, nanti abang sampai la tu. Bukan jauh pun tempat work abang. "kata Rayn

"kakak masak apa?? "

"Affan rasa??? "

"spagetti!!!"

"banyak la kau. Mee goreng je. Makan mee dulu, lepas solat. Kita makan nasi, okay?? "

Affan mengangguk.

2 beradik itu berlalu ke meja makan. Beberapa minit kemudian, Rayn dan Affan naik ke tingkat atas untuk solat.

15 minit berlalu, Affan dan Rayn turun ke bawah. Secara tiba-tiba, pintu rumah diketuk dari luar.

Rayn terus mencapai jersey shawl yang memang dia sediakan di bawah.

Buka sahaja pintu, Umar yang lengkap beruniform berdiri dihadapan pintu.

"eh abang, masuk la. "jemput Rayn

Umar memandang Rayn dan seterusnya memandang ke kiri dan kanan sebelum melangkah masuk.

"abang dah buka puasa??? "

"sempat makan kurma je. "jawab Umar

Beg yang digalasnya diletakkan di atas sofa.

"nice, Rayn ada masak. Ayam masak kicap. Jom la kita makan sama-sama. Rayn dengan Affan baru je habis solat. "

Umar mengangguk lalu mengikuti langkah Rayn ke meja makan.

Setelah habis makan, Rayn membasuh pinggan didapur manakala Umar dan Affan berada diruang tamu.

Dari dapur dah boleh dengar suara Affan bercerita dengan Umar. Kencang betul. Nak bagi satu taman dengar ke???

Selesai membasuh, telefon Rayn berbunyi.

Mesej dari Fitra dibuka

Fitra Shayang 💕:

Aku nak pinjam Affan kejap boleh??? Aku nak ajak dia pi pekan sat.

Setelah selesai menjawab, Rayn terus ke ruang tamu.

Baju tidur yang disarung Affan dilihat. Boleh la ni.

"Affan, kak Fitra nak ajak keluar. Affan nak ikut tak?? "

"nak nak nak!!! Kak Fitra kata, dia nak ajak Affan date. "

Terbuntang mata Umar dan Rayn mendengarnya.

"hei, kecik-kecik dah pandai date ek. "tegur Umar

"ingat abang dengan teacher Zahra je boleh?? Affan un boleh la. "

Lagilah membesar mata Umar dan Rayn. Siapa ajar Affan bercakap macam ni??? Rayn tak pernah ajar!!!

"assalamualaikum!! "salam dari seseorang menarik perhatian Rayn.

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now