5 bulan telah berlalu, segalanya baik-baik saja.
Rayn sibuk dengan kehidupannya menguruskan Affan dan mengajar. Umar pula, semakin fall in love dengan kelembutan Zahra.
Cun juga taste Umar ni, muka cina-cina. Tudung labuh, baju longgar.
Pagi itu, rumah Rayn menerima kunjungan mengejut dari peguam arwah abahnya.
"jemputlah duduk. "kata Rayn
Lelaki itu mengangguk.
"Cik Rayn Ilham Binti Muhd Razif??? Betul?? "soal lelaki itu.
Rayn mengangguk.
Setelah mendapat jawapan dari Rayn, lelaki itu mula membuka zip briefcasenya.
Beberapa fail dikeluarkan.
"disini, saya ada beberapa wasiat dan amanah untuk Cik Rayn, Encik Umar Al-Khalid dan Affan Al-Haq. Mereka ada??? "soal peguam itu.
"abang saya, dia masih di pangkalan TLDM. Mungkin bulan depan baru pulang. Adik saya pula tak ada, keluar."kata Rayn sambil menunjukkan Affan yang ada disebelahnya.
"baiklah, kalau begitu saya hanya bacakan wasiat bahagian Cik Rayn sahaja. Bila Encik Umar dan Affan sudah ada, Cik Rayn boleh hubungi saya. "katanya lalu menyerahkan sekeping kad.
Rayn mengangguk lalu menyambut huluran itu.
"untuk Cik Rayn Ilham, arwah Encik Razif ada menyimpan sejumlah wang di dalam bank Cik Rayn yang mungkin Cik Rayn sendiri tak tahu. Jumlahnya, agak banyak ya Cik Rayn dan sebuah banglo 2 tingkat di Shah Alam, Selangor. "
"untuk menuntut kesemua itu, ada satu syarat. "
Rayn diam menantikan apa syaratnya.
"Cik Rayn hendaklah berkahwin dengan Encik Umar Al-Khalid sebelum usia Cik Rayn 25 tahun. "
Terbuntang mata Rayn dibuatnya, apa nih!!!???
"jikalau Cik Rayn tidak mengambilnya, wang itu akan jatuh kepada Tengku Izzani. "
Sekali lagi, Rayn terdiam dan terkaku. Fikirannya celaru sekarang.
"untuk harta peninggalan arwah Tengku Isma, penjaga harta sebelum Cik Rayn berusia 26 tahun adalah Encik Umar. "jelas peguam itu lagi.
Rayn memejamkan matanya. Apa yang arwah abahnya cuba lakukan ini.
"dan ini, adalah surat peninggalan arwah kepada Cik Rayn. Juga, Puan Zakiah ada meninggalkan sesuatu kepada saya untuk diberikan kepada saya. "
Satu sampul surat coklat berserta satu kotak sederhana besar diletakkan diatas meja dan ditolak ke arah Rayn
Rayn mencapai sampul dan kotak itu.
"itu sahaja wasiat dari Encik Razif dan Puan Zakiah. Saya minta diri dulu. "
"terima kasih ya. "kata Rayn
Setelah peguam itu keluar dari rumah, Rayn cepat-cepat menutup pintu.
Surat itu terus dibuka
Anak abah yang abah sayang, Rayn Ilham.
Maafkan abah andai keputusan abah ini membebankan Rayn. Rayn kena berkahwin dengan abang Umar kerana abah percaya hanya dia seorang sahaja yang boleh menjaga dan melindungi Rayn dari mama.
Duit itu, hanya untuk Rayn. Tolong, jangan benarkan mama ambil semua duit ini. Dan harta milik atuk, abah telah ubah syaratnya sayang.
Rayn hendaklah berkahwin dengan Umar jikalau mahu menuntut harta itu. Dan Rayn, Rayn mesti tuntut harta itu. Jangan berikan ia pada mama.
YOU ARE READING
RAYN ILHAM ✔️
Romance2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-ciri seorang wanita melayu terakhir. UMAR AL-KHALID, lelaki ini hidupnya terlampau serius dan penuh...