"Rayn. "
Rayn berpaling memandang Umar yang berada di sofa twin itu.
Kening di angkat.
"Zahra suruh pergi rumah dia. Parents dia ada kat sana. Dia nak bincang, pasal kita. "kata Umar
"ouh, kejap. Rayn siap ek. "kata Rayn dan terus berlari naik ke tingkat atas
Umar hanya mendiamkan diri.
Selang 15 minit, Rayn turun bersama Affan.
"Rayn hantar Affan kat rumah Fitra sekejap. "kata Rayn.
Umar mengangguk.
Sementara Rayn menghantar Affan, dia pun bersiap sebentar. Tukar baju sahaja.
Selesai itu, dia keluar dari rumah. Kelihatan Rayn sudah menunggu di tepi keretanya.
Hanya beberapa minit, mereka sudah sampai di rumah Zahra.
"jadi, kamu isteri Umar?? "soal umi Zahra, Puan Habibah.
Rayn mengangguk.
"Zahra kata, 3 hari lepas kami ada pinang Zahra untuk suami kamu. Betul?? "
Rayn mengangguk sekali lagi.
"kamu yakin dengan keputusan kamu?? Sebab anak saya dah terima. Saya tak mahu pertunangan ini diputuskan lagi. "Laksamana Ruslan bersuara
"saya yakin. Untuk kebaikan semua. Saya tahu, suami saya dan kak Zahra suka sama suka. "Rayn bersuara
"kalau boleh, kami nak anak kami bertunang sekejap sahaja. Dalam sebulan 2 dan selepas itu terus bernikah. "kata Puan Habibah
"saya ikut kan saja. "kata Rayn
"Umar, kamu macam mana?? Setuju?? "
Umar perlahan-lahan mengangguk.
"saya setuju. "
Mereka semua mengangguk.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
"dia dah setuju?!"
"yang kau terkejut sangat kenapa?? "soal Rayn
"serius la dia setuju beb?? "
"iye, dorang kan suka sama suka. "kata Rayn.
"Umar?? Dia ada kat rumah tak?? "
"kelmarin dia dah balik pangkalan. Lagi 4 minggu dia balik la sini. "kata Rayn
"kejap Rayn. "
"pe benda?? "
"aku nampak kan, kau makin chubby doh. Dari haritu aku nak tegur. Masa kau hantar Affan kat rumah aku tu. "kata Fitra
"chill sis, biasa lah. Raya kan?? Pergi sana, bedal tu ini. Pergi sini, saput lemang ketupat semua. "kata Rayn
Fitra hanya mengangguk. Meng'iya'kan kata-kata Rayn.
"baiklah. Nampaknya kelas aku pun dah memanggil jumpa la time rehat nanti. "kata Fitra lalu mengemas barangnya dan melangkah keluar dari bilik guru.
Rayn hanya memerhati. Dia tiada kelas sebelum rehat tapi lepas rehat, berderet kelas dia. Hari Selasa la hari paling memenatkan.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Pagi itu,
"erghhh. "keluhan berat dilepaskan dari bibir pucat Rayn.
Dah 3 hari dia macam ni. Muntah-muntah. Makan sikit je muntah. Takkan la tersalah makan.
Tapi, boleh jadi juga. Kan dia melatakn itu ini masa pergi open house.
YOU ARE READING
RAYN ILHAM ✔️
Romansa2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-ciri seorang wanita melayu terakhir. UMAR AL-KHALID, lelaki ini hidupnya terlampau serius dan penuh...