2 bulan kemudian
"yeah, yeah. Abang balik!!! "jerit Affan sambil berlari mendapatkan Umar yang berada diluar rumah.
Mendengar sahaja jeritan Affan, terus Rayn melangkah keluar dari dapur. Jersey shawl yang berada dia sofa diambil lalu dililitkan ke kepalanya.
Cepat-cepat dia berlari keluar.
Kelihatan, Affan tidak dapat membuka pintu pagar kerana Rayn menguncinya.
Umar pula sedang tersenyum mendengar celoteh Affan.
"meh akak bukak."kata Rayn lalu menolak Affan ke tepi.
"assalamualaikum. "kata Umar bila pintu pagar sudah terbuka
"waalaikummussalam. "jawab Rayn dan Affan serentak.
"masuklah. "ajak Rayn
Umar melangkah masuk. Affan terus menghulurkan tangannya. Minta dukung.
Umar tanpa membuang masa terus mengangkat tubuh adik kesayangannya.
"bila abang balik?? "
"2 hari lepas. "kata Umar
"abang cuti berapa lama?? "
"3 minggu je. "
Rayn mengangguk.
Umar melabuhkan punggung diatas sofa. Affan masih di ribaannya.
"kerja okay?? "soal Umar
Rayn mengangguk
"okay je. Best jugak mengajar. "kata Rayn
"jap, Rayn buatkan air. "kata Rayn dan berlalu ke dapur.
Umar mengangguk lalu matanya tertancap pada buku yang berlonggok diatas meja kopi.
Mesti buku student Rayn.
"nah. "kata Rayn lalu menyerahkan secawan kopi.
"aku datang ni nak bawak Affan keluar. "kata Umar
"ouh, pergi mana?? "
"jumpa kawan aku. "
Rayn mengangguk.
"kejap, Rayn siapkan Affan dulu. "kata Rayn lalu mengajak Affan untuk ke tingkat atas.
"cepat pakai baju. "kata Rayn. Baju yang dibelinya 3 bulan yang lalu disarungkan di badan Affan.
Selesai menyiapkan Affan, Rayn membawa adiknya turun.
"nah, ini beg Affan. Dalam ni ada baju spare, bantal and selimut. "kata Rayn lalu menghulurkan sebuah beg berbentuk ladybird berwarna merah.
Beg ni, Affan yang pilih. Ada je bentuk dinosaur tapi dia nak juga ladybird siap buat drama air mata lagi.
"kau macam nak halau Affan je. "kata Umar lalu menyambut huluran Rayn
"eh, mana ada. Affan ni kan suka tidur tak kenal tempat. So, ni just spare. Kot-kot dia tidur ke. "kata Rayn
Umar mengangguk.
"jom, Affan. "ajak Umar
"jom!!! Bye kakak !!"kata Affan riang.
"bye."
"ha abang, Rayn nak keluar dengan Fitra tau. Kalau Rayn tak ada masa abang nak hantar Affan nanti. Rayn amik Affan kat rumah abang je la ye. "kata Rayn bila teringat janjinya dengan Fitra.
Umar mengangguk.
Rayn hanya memerhati dua beradik itu memasuki kereta. Happy betul Affan.
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
YOU ARE READING
RAYN ILHAM ✔️
Romance2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-ciri seorang wanita melayu terakhir. UMAR AL-KHALID, lelaki ini hidupnya terlampau serius dan penuh...