(6) rindu

22 9 0
                                    

Seoul National University

   Cuaca yang dingin menyelimuti Ilmyani. Selangkah demi selangkah dia bergerak ke biliknya lalu terus merebahkan dirinya di atas katil. Siling dipandangnya.

   " Agak-agak apalah yang dia orang sedang buat," ujar Ani.

   Telefon yang berdering lantas diangkatnya. 'Krina' itulah nama yang terpapar di handphone nya itu.

   "Wah, panjang umur kau ek," kata Ani lagi.

   "Waalaikumussalam," ujar Krina.

   "Ehhe,Assalamualaikum," Ani ketawa sinis.

   "Waalaikumussalam. Hah, kau ni! Sihat tak? Kau rindu aku tak?" Krina terus menanyainya.
  
   "Eh, of course ah sihat. Bab rindu itu bagi aku fikir-fikirkan dulu macam mana. EHHE...." telatah Ani.

   "HHHMM...iyalah," balas Krina.

   Dalam perbualan selama 10 minit...

   "Wei, Isma ada ada masalahkah? Semenjak nih, tiada apa-apa respons pun daripada dia. Risau jugak aku kadang-kadang dibuatnya," ujar Krina.

   "Entahlah. Aku pun perasan juga, dia diam sahaja. Ini pun sudah sebulan aku tak call dia, dia pun tak call aku. Kali terakhir aku call ngan dia, nak dekat dua bulan. Pastu, aku call semuanya inbox,' ujar Ani.

   "Apa yang kau cakap lebih kurang samalah dengan aku," balas Krina.
  
   "Tidak mengapalah. If ada apa-apa daripada dia , bagitahu aku tau," sambung Krina.

...............

   "Ani!" sergah Tia.

   "Ish,kau ni! Nanti kalau tiba-tiba tangan aku bergerak dengan sendirinya aku tak tahu.. bukan salah aku," balas Ani.
  
   "EHEH..."

   "EHEH.. EHEH. Hah! Apa? " Ani menyindir kawannya itu.

   "Katakanlah kalau aku dah ada pasangan kan. Macam mana agak-agaknya respons kau?" tanya Tia.

   "Biasa jelah. Keee kauuu....."

   "Apa?apa?" Tia mencelah.

   "Kau jangan eh... entah dari mana kau pun tak tahu nak berpasangan lah bagai.. entah-entah orang putih! " balas Ani dengan renungan tajam.

   "Eh, kau ni! aku tahulah nak pilih pasangan. Tapi kan aku nak bagitau ni..kau jangan nak marah pula," Tia mempersonakan dirinya . Ani membulatkan mata.

   "Urmmm... macam mana ek nak bagitahu kau..... sebenarnya kan.... aku dah jumpa dah pasangan aku nih dah hampir setengah tahun" Ani memandang Tia tanpa kelipan mata. Dipandangnya betul-betul ke wajah kawannya itu.

   "Jap,kalau betullah kau dah jumpa kan. Aku nak tanya kau dan kau kena jawab satu persatu, faham!?" balas Ani. Tia menundukkan kepala.

   "Disebabkan aku seorang sahaja yang duduk dengan kau, makan minum pun dengan kau. So, aku nak tahu, bagitahu asal-usul dia. Kedua, kenapa kau pilih dia.. alasan mesti bermunasabah, itu sahaja. Senang ,bukan?" jelas Ani.
  
   "Urmmm.. memang kena jawab lah ni kan. Okay! asal dia bukanlah orang sini. Dia orang Malay juga! Pastu kalau dah Malay means dia pun Islamic!" balas Tia.
  
   "Eh ,kau ni. Eloklah sikit cakap itu. Hah! lagi?" ujar Ani.
  
   "Sebab aku pilih diaaaaa...sebab....," Ani menjegilkan matanya.
  
   "Sebab?"
  
   "Sebab aku rasa dia boleh jaga aku. Dia boleh bimbing aku."

   "Lagi?" tanya Ani .
  
   "Lagi? Urmmm... kau tahu kan . Yang aku ini selalu rasa malas ini itu. Tapi bila aku dengan dia je aku rasa macam segalanya on. Lagipun, dia banyak tolong aku bila aku ada masalah. Tak salah, bukan?" jelas Tia.
  
   "Ok... kalau kau rasa dia baik untuk kau. Aku pun okay je. Tapi jangan sampai satu hari kau rasa kau dah salah pilih. Aku dah bagitahu awal-awal."
  
   " Kau rasa mak aku okay tak?" tanya Tia.
  
   " Mak mana yang nak halang anak dia, bukan? Itu bergantung pada kaulah. Kau dah boleh fikir sendiri, kau dah besarkan," Ani memberi positive vibes kepada Tia.
 
   " Aaaaaaaa... sebab tulah aku sayang kau tahu tak?" Tia terus memeluk Ani.

   Sejak dari itu, Tia selalu keluar dengan pasangannya tanpa berahsia. Rutin harian Tia selalunya pagi dengan Ani , tengah hari dengan pasangannya itu sampai lah petang. Selepas itu, malam dia duduk dengan Ani sekejap then dia masuk bilik menggayutlah dia di atas katil itu.. senyum sana ... senyum sini. Itulah rutin mingguan Tia. Kadang-kadang Ani geram akan sahabatnya itu. Tapi dalam geram dia itu... dia selalu mendoakan Tia juga orang sekeliling sentiasa dibawah lindungan Tuhan yang maha esa.
  

SAKIT?! BUT INDAHWhere stories live. Discover now