(5) maybe?

38 13 1
                                    

   Universiti Sains Islam Malaysia

Setelah setahun berlalu.....

   "Edryan, sini sekejap. Kau kan pandai,ajar aku yang nih, boleh?" pinta Krina.

   "Eh, tiada masalah. Yang mana?" kata Edryan.

   "Yang ni hah. Aku tak seberapa faham," balas Krina.

   "Ouh.. yang ni.. mari sini," Edryan membantunya.

..............

   Waktu rehat,

  "Huh," dengus Krina.

  "Kenapa wei," tanya Qis.

  "Entahlah.. aku rasa letih aje hari ini. Mungkin sebab panas rasanya," balas Krina.

  "Haish.. takkanlah. Aku pun panas juga," kata Edryan.

   "Apa-apa jelah," Krina malas melayan sahabatnya itu.

   Sejurus tiba di kantin, mereka terus membeli makanan. Banyak makanan dihadapannya tetapi tiada satu pun yang terlihat selera oleh Krina. Lantas kembali ke tempat duduk. Dia membelek-belek duit yang berasa di dalam dompetnya.

   'Duit aku dah tak banyak nih. Apalah nasib aku kali ini' desus Krina.

  "Wei, asal kau tak makan?" Qis yang baru selesai membeli makanan pergi ke tempat Krina.

  "Tak naklah. Kau makanlah. Aku tak kacau kau."

  "Ada masalah ke? kalau ada beritahu aku. Aku tidak keberatan mendengar," kata Qis.

  "Takde apa-apa. Makan-makan," ujar Krina.

   Krina memandang ke luar. Dia menikmati pandangan. Dengan sekilas dia mengalihkan pandangan ke tempat lain. Matanya tertumpu pada satu arah. Terlihat kelibat seorang lelaki yang sedang menuju ke kantin. Dia seperti pernah nampak lelaki itu. Dia menggosok matanya beberapa kali. Dia memandang ke arah lelaki itu sekali lagi.

   "Wei, wei!" Krina menepuk bahu kawannya berkali-kali.

   "Apa? Sakit kau tahu tak!" marah Qis.

   "Ehhe.. itu hah. Kau kenal tak lelaki tu siapa?" tanya Krina.

   "Ouhh.. dia tuh. Dia belajar kat sini dah  jadi senior sini dah. Tahun ini dia last," jelas Qis.

   Krina memuncungkan mulutnya sambil mengangguk.

   "Kenapa dengan dia?" celah Edryan.

   "Entahlah... aku tak tahu.Tapi apa yang aku tahu dia macam ada kaitan dengan kawan sekolah lama aku dulu. Lagipun kawan aku yang itu dia jarang cerita masalah dia pada sesiapa pun.. walaupun aku dengan dia akrab," jawab Krina.

...............

   Krina menuju ke pejabat dengan langkah yang laju. Seusai sahaja berada di hadapan pejabat.. dia tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Langkah pertama masuk ke dalam pejabat, dia terlanggar seseorang.

   " Oups..maaf-maaf. Saya tidak sengaja," kata Krina. Dia terus mengutip barang-barang yang jatuh di atas lantai.

   " Takpe-takpe."

   Krina berdiri lalu mengarahkan pandangan ke lelaki itu.

  "Hah!" dia terkejut.

  "Kenapa? " sahut lelaki itu.

   "Eh ..jap. Kalau tak silap saya, awak orang yang saya terlanggar tahun lepas tuh, bukan? " sambung lelaki itu.

   "Hah..haah ya," balas Krina.

   ' Mak oi.. tahun lepas pun dia ingat lagi kah? WOW!' desus Krina.

   "Wah, tak sangka kita jumpa lagi. Nice to meet you," kata lelaki itu.

   Krina membalas dengan senyuman.

   "Sebenarnya, saya ada hal. Lain kali if ada masa boleh, bukan?" kata Krina.

   "Ouh, sorry. Boleh juga. Nanti kita bual lagi ya."

10 minit kemudian...

   "Aduh, ini satu hal, yang itu satu hal. Pening aku dibuatnya," kata Krina sambil jalan menuju ke tempat mereka sekawan selalu duduk.

   " Ada je yang tidak kena. Itu lah kau Krina , rajin sangat nak tolong orang sana sini.. diri sendiri pun kau tak kisah. Hah, padanlah muka kau," ujar Krina lagi geram akan dirinya.

  Sampai sahaja di kawasan yang ditujunya, dua orang kawan itu sibuk melayari media sosial. Tidak hirau akan sekeliling sehinggakan kehadiran Krina tidak disedari mereka.

   " Uiii, Assalamualaikum....," kata Krina tidak disambut.

   "Assalamualaikum!" Krina terus menepuk meja dengan kuat dihadapan mereka.

   "Wa.... waalaikumussalam...," sahut dua orang itu.

  "Wah,wah,wah. Syok ya dari tadi main benda alah tu," ujar Krina.

   "Apa yang benda alahnya... handphone kan ni. Kau nampak ke tidak," balas Edryan.

   Krina memberi jelingan kepada mereka.

   'Sabar jelah Krina oi ' desus Krina.

  
  

  

   

 
 

SAKIT?! BUT INDAHWhere stories live. Discover now