Peluh keresahan mengalir di tubuh murid tingkatan lima, membisu seribu bahasa. Tubuh Krina turut menggeletar ketakutan saat menjelang peperiksaan. Doa yang tidak putus-putus dari hati mereka meminta kemudahan.
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِيٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ.إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ(٦٠)
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonon kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Pintu dewan terbuka luas dihadapannya.
"Ani... Isma... fighting!" kata-kata semangat dilontarkan Krina kepada sahabatnya itu.
Masa mereka belajar bersama-sama amat memberi banyak kenangan dalam satu masa. Gelak tawa mereka dititip satu-satu dalam diri mereka. Beberapa detik lagi mereka mulai menjejakkan kaki mereka ke dalam dewan pertempuran. Semangat yang diperolehi Krina sama ada dari kawan-kawannya mahupun ibunya yang tercinta dibawa bersama harapan yang menggunung.
"Baik murid-murid, mari kita sama-sama membaca doa sebelum masuk dewan.." cikgu Zairina tidak lupa mengingatkan anak muridnya untuk meminta pertolongan daripada yang esa.
"Ok, semua. Hari ini adalah hari peperangan kamu semua.Lakukan yang terbaik. Masa depan kamu terletak pada keyakinan kamu. Ingat!Dengan Bismillahirrahmanirrahim kamu semua boleh masuk ke dalam dewan..," hujah cikgu Zairina lagi.
Satu langkah demi satu langkah mereka bergerak masuk ke dalam dewan. Tempat yang diaturkan antara Ilmyani , Krina dan Isma tidaklah seberapa jauh. Mereka menatap wajah mereka satu sama lain lalu menganggukkan kepala mereka tanda boleh.
'Aku lakukan untuk masa depanku, ibuku. Aku yakin segalanya akan dipermudahkan dengan izin Allah,' kata hati Krina.
Setiap perkara yang dia lakukan dimulai dengan Allah, itulah perkataan yang diterapkan Mak Kiah sepanjang didikan kepada Krina.
'Aku mampu... aku yakin.... aku tahu... aku boleh!boleh!boleh!' semangat Ilmyani.
Keyakinan amat penting untuk Ilmyani dalam perjuangan. Jika hilangnya rasa yakin,pasti bertumbuh negatif yang akan berlaku.
'Inilah masanya aku buktikan kebolehan aku. Tidak ada perkara yang boleh kita tujukan kecuali kejayaan...,' Isma walaupun masih baru di sekolah itu... rasa bangga tetap ada pada dirinya dikala berada bersama kawan-kawan barunya.
Semangat dari orang sekelilingnya menambahkan rasa mampu dalam jiwanya.
Selepas tamat sesi SPM.....
"Ani....... Isma.......," Krina berlari menuju sahabatnya itu lalu berpelukan.
"Macam mana periksa? okay? boleh jawab atau tidak?" berderet soalan daripada Ilmyani.
Lega hati tiga gadis itu berjaya melepasi saat pendebaran di dalam dewan. Nampak wajah ceria diantara mereka.
"Alhamdulillah... aku boleh jawab," balas Krina.
"Aku pun sama!" begitu juga dengan Isma.
"Sekarang ni detik kedua kita adalah menunggu keputusan," beritahu Krina.
"Betul! Aku tidak sabar untuk ambil keputusan tapi takut...," riak wajah Ilmyani berubah saat meluahkan 'takut' itu.
"Kita hanya mampu doa sahaja sekarang ini," mereka sama-sama menganggukkan kepala.
"Krina,Ilmyani,petang ini kamu berdua ada rancang nak adakan apa-apa?" Isma bertanyakan pada dua orang sahabatnya itu.
"Tidak," balas Ilmyani sepatah.
"Kalau begitu marilah jemput datang rumah aku. Korang belum pernah lagi datang rumah aku lagi, bukan?" untuk pertama kalinya Isma mengajak kawan-kawan nya itu datang rumah dia.
Almaklumlah, mereka ini sudah boleh dikira kawan rapat satu sama lain.
"Insyaallah... apa-apa kami beritahu awak ya..," balas Krina ayu.
.........
"Assalamualaikum.. Isma oh Isma..," panggil Ilmyani dari luar pagar jalan Isma.
"Waalaikumsalam... eh Ani! awalnya sampai..mana Krina?" kepala Isma berpusing ke arah kiri dan kanan melihat dimana keberadaan Krina.
"Aku datang sendiri lah. Sekejap lagi sampailah tu Krina," beritahu Ilmyani.
"Ouh. Hei, jemputlah masuk. Tidak elok perempuan berbual di luar. Minta maaflah rumah aku ini tak seberapa besar," ajak Isma.
"Eh, mana ada. Okay lah ini," balas Ilmyani sambil kakinya melangkah masuk ke dalam rumah Isma.
YOU ARE READING
SAKIT?! BUT INDAH
Romance(IN DRAFT) Krina,Ilmyani dan Isma adalah kawan rapat.Mereka sama pandai tetapi nasib yang berbeza.Isma dan Krina mula menghadapi krisis antara mereka. 'Ya,aku sayang dia..... Aku hargai dia...tapi aku terpaksa!' luahan Isma. "Mana kau pergi! a...