(7) HaRI Ini

20 7 0
                                    

Sekilas pandangan diarahkan ke jendela. Angin bertiup sepoi-sepoi menghiasi hari. Alangkah indahnya jika mereka bersama. Hujung tahun menghampiri seiring waktunya. Kepulangan Ani ditunggu-tunggu oleh sahabatnya itu, Krina. Keterujaan mereka tidak dipisah sesama sekali.

" Wah, hari yang cukup indah. Hari yang tenang buat aku," terukir senyuman di wajah Krina. Bagaikan hari itu adalah harinya.

Makin mendekat waktunya, makin terasa gembira. Apakan tidak, selama 2 tahun terakhir ini, inilah kali pertama mereka bertemu kembali. Jam tangan dilihat olehnya.

"Lamanya, mana dia ini."

Disebalik penungguan Krina, seseorang melintasi dihadapannya. Seperti pernah dilihat olehnya. Dia mengekori langkah dari belakang dengan berhati-hati. Lantas menuju ke tandas.

Hatta di sana, Krina perlahan-lahan membuka pintu agar tidak didengari. Dia cuba meneliti wajah orang itu.

'Sekejap. Aku rasa aku tidak salah orang ini. Memang aku kenal dia ini,' desis Krina.

Ssshhhh..... bunyi membasuh tangan. Lalu menggerakkan dirinya ke luar tandas.

Pap! bunyi pintu . Tanpa disedari mereka berhadapan.

"Hah!"

"Isma?!" Kau ke ni? Kenapa kau dekat sini," Krina terkejut. Orang yang selama ini dia risaukan akhirnya ditemui olehnya.

"Sungguh? Ini Isma, bukan?" Sambung Krina lagi.

Isma cuba melarikan pandangan sesama mereka. Kesesakan nafas menghantui dirinya. Begitu laju degupan jantung Isma.

"Isma! Kemana kau pergi selama ini. Kau tahu tidak aku dengan Ani asyik memikirkan keadaan kau. Satu respon pun kau tidak maklum kami," kata Krina. Matanya mula berair.

(SILA AMBIL PERHATIAN , KAPAL TERBANG AKAN MENDARAT SEBENTAR LAGI. HARAP MAKLUM.)

"Krina, aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Tolong aku! aku tiada sesiapa lagi kecuali kau dengan Ani. Aku bukan sengaja nak tinggalkan korang macam itu sahaja. Aku tak nak korang terganggu. Aku ada sebab. Please!" Kata Isma.

"Kau tahu kan aku macam mana. Aku bukan jenis yang macam itu. Kita kawan jadilah sebagai kawan. Janganlah sendirian simpan."

"Okay, macam ini. Kau nak tunggu Ani sampai sini, bukan? Apa kata , kita sama-sama tunggu dia. Nanti bila kita dah cukup bertiga. Aku ceritakan pada korang. Boleh?" Balas Isma.

Krina memandang wajah kawannya itu. Lantas dia memeluk tubuh Isma. Air mata mereka mengalir.

"Kenapalah kau kurung nasib kau sendirian," ujar Krina sambil tersedu-sedan.

Setelah beberapa minit,....

"Krinaa...!" lantas dia mengalihkan arah pandangan. Terlihat Ani dari kejauhan melambai tangan.

"Anii...!!!" Krina membalas. Laju Ani melangkah.

Lalu mereka berpelukan. Saat pelukan dileraikan, Ani memandang Isma.

"Isma, bukan?" Tanya Ani.

Isma menganggukkan kepalanya.

"Wei, macam mana kau ada dekat sini. Setelah lamanya kau dengan aku tidak berhubung," kata Ani.

"Jangan cakap kau sahaja, aku pun tahu-tahu dia dekat sini," beritahu Krina.

"Wow! Sungguh mengharukan dan menghairahkan!" kata Ani lagi.

Kata-kata Ani mengembalikan reaksi antara mereka. Biasalah penghibur katanya.

"Dah, jom. Kita gerak sama-sama," ajak Krina.

Krina dan Isma mula melangkah ke hadapan, Ani masih berada belakang. Dia berdiri terpaku di situ. Memandang kawan-kawannya. Kepala Isma dan Krina ditoleh ke belakang.

"Kau apa lagi?" Tanya Krina.

"Sekejap. Kau dengar bunyi tak?" Isma terdengar sesuatu.

Ani tersenyum-senyum. Wajah alah-alah manis ditunjuk olehnya.

"Hehhe," Ani tawa.

"Urmmm. Dah, jom," ajak Krina.

"Pergi mana?" tanya Ani.

"Ikut je."

"Alahai..aku lapar nih. Gendong aku," kata Ani.

"Eh. Jangan nak mengada-ngada. Dahlah aku penat tunggu kau punyalah lama," balas Krina.

"Eh, aku pula yang salah. Bukan aku yang bawa kapal terbang itu," Ani menjegilkan matanya.

"Ah. Tidak sama sekali aku angkat kau. Ada kaki," balas Irina.

'Hish, aku baru aje sampai. Tak syok lah macam ini. Itu sorang mak minah, sorang lagi cik pokpek, hah eloklah itu. Sama padan, secocok pula itu' desus Ani.

"Aku dengarlah," kata Krina sambil Isma melihatnya dengan mata yang tajam.

"Ish," balas Ani.

Promote: FarTasya

Promote: FarTasya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 22, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SAKIT?! BUT INDAHWhere stories live. Discover now