(1) wei!

57 19 2
                                    

Keindahan suasana malam yang dilimpahi cahaya neon menjadi daya tarikan Krina dan ibunya. Mereka menikmatinya dengan tenang. Suara sisip angin bertiupan menghiasi kesejukan malam.

   "Ibu...," kesunyian malam dihentikan Krina tatkala memanggil Mak Kiah.

   " Ya ," sahut Ibunya.

   " Esok hari pertama mula persekolahan tahun ini.Krina sudah mengemas barang sekolah tapi....," kata-kata Krina terhenti pabila ingin menyusur sebuah ayat yang tidak mampu dilepaskan.

   "Tidak mengapa nak ,mak faham," Mak Kiah seolah-olah memahami yang dimaksudkan Krina.

   "Krina pergilah tidur. Rehatkan segala fikiran dan minda kamu itu,kamu perlu memerah otak kamu pada persekolahan nanti. Jika tidak faham, tanya saja pada cikgu. Tidak perlu duduk tercenguk ala-ala kamu ini faham semuanya," Mak Kiah memberi nasihat awal pada Krina.

   Dia sangat kenal akan anaknya itu. Pemalu orangnya. Krina,nama itu yang paling Mak Kiah harapkan kejayaan untuk mengubah nasib diri mereka. Ayah yang mereka sayangi telah pergi sejak Krina kanak-kanak lagi. Dari kecil sehingga kini Krina dijaga dengan titik peluh Mak Kiah sendiri.

   "Baik,ibu".

الله اكبر.....الله اكبر

   Seusai solat subuh,Mak Kiah menjejakkan kakinya di ruangan dapur. Hidangan sarapan pagi disediakan untuk anaknya itu.

   "Assalamualaikum...ibu," suara Krina menyelinap ke telinga Mak Kiah.

   "Waalaikumsalam... Dah pergi makan, makanan di atas meja," Mak Kiah yang sedikit tegas atas didikan kepada anaknya itu menyuruh Krina makan sedikit untuk alas perutnya sewaktu belajar. Ibu mana yang tidak hirau bila anaknya itu ingin berjaya mengecapi kejayaan. Bukan?

"Ibu... seperti Krina ketahui sebelum ini, Krina akan hantar bungkusan nasi lemak ke kedai Pak cik Leman sebab kedai itu satu haluan dengan arah pergi ke sekolah.Tapi mana nasi lemaknya, ibu?" kerana kebiasaan Krina untuk menghantar bungkusan itu, rutinnya ini sudah di set selalu di mindanya.

   "Mulai hari ini,ibu tidak akan menghantar bungkusan nasi lemak kerana kedai Pak cik Leman akan ditutup atas hal lain...," terang mak kiah.

   "habis tu.."

   "Jangan risau sebenarnya hari ini ibu akan mulai kerja di kedai jahit baju. Boleh bantu kewangan kita ini serba sedikit," tidak sempat Krina menghabiskan kata-katanya, Mak Kiah memecah pertanyaan yang ada pada anaknya itu.

   "Kalau begitu Krina pergi sekolah dulu ya," tanpa disedari Mak Kiah, Krina telahpun selesai makan sebentar tadi. Itu lah berbual saja sampai keadaan sekeliling pun tidak perasan. Krina terus sahaja menyalami tangan Mak Kiah lalu mencium kedua belah pipi orang tuanya itu.

   "Ibu jaga diri ya,assalamualaikum."

..........

   Pintu pagar sekolah terbuka luas untuk mengubah kehidupan Krina. Satu-satunya harapan membantu jalan daripada kebuntuan mereka sekarang ini. Kelasnya tidaklah jauh dari tapak perhimpunan sekolah.

   Tepat di sebelahnya kawan yang sentiasa di sisinya di saat susah senang, Ilmyani atau hanya dengan panggilan Ani. Mereka diibaratkan seperti kembar,belajar sama-sama, rehat sama-sama, nama panggilan pun Ani dan Ina yang lain hanyalah rumah yang berbeza.

   "Mari gerak ke tapak perhimpunan.Sebentar lagi aktiviti akan berjalan," ajak Ani.

   Mereka tidak pernah melengahkan masa semata-mata bertujuan untuk bersenang-senang. Tidak! mereka datang ke sekolah hanya dengan satu matlamat yang ingin dikecapi.

SAKIT?! BUT INDAHWhere stories live. Discover now