Matahari yang menyinari di pagi hari ... mengawasi kala embun pagi yang cerah juga indah di semai ...
"Hey wait for me! don't go so fast that way until I am left far behind you !!! Hey!" petah seorang gadis..
"Wei aku rasa kan nanti kalau kau bercouple .. camnilah kau! asal sikit .. itu... asal sikit ini," dengan selambanya Ani berkata sambil mengujahkan helah yang nakal.
"Eh, kau ni!"
"Isma..siapa lelaki hari itu yang jumpa kau?" tanya Ani.
"Kawan sekolah lama aku," jawab Isma.
"Dia duduk mana?" tanya Ani lagi.
"Dia sekarang duduk di kampung sebelah."
"Baguslah," Ani teruja.
Di samping Ani dan Isma berbual, Krina sibuk membelek-belek kalendar.
'Wah,tak lama lagi keputusan nak keluar!'
"Krina ,kau buat apa?" tanya Ani.
"Ni hah sebulan lagi niiiii..," balas Krina.
"Apa yang ni nya?"
"Ni hahhh keputusan SPM nak keluar dah."
"Ouh..haah ek ," Ani dan Isma menunjukkan reaksi terkejut.
.........
"Buuu," Krina teruja.
Tarikh yang dinanti-nantikan olehnya tiba.
"Yeee..anak ibu. Dah mari sini, makan dulu," ajak Mak Kiah.
"Ibu dah siap belum?" tanya Krina.
"Ibu tinggal nak pakai tudung aje," balas Mak Kiah.
بسم الله الرحمن الرحيم ...
Krina,Ilmyani dan Isma memulakan langkah kanan untuk mengambil keputusan. Saat itu hati mereka berdegup dengan begitu laju.
"Hai! assalamualaikum ... awal datang ?" hujah cikgu Zairina .
"Waalaikumussalam,hai! haah cikgu tidak sabar nak ambil keputusan tapi perasaan takut pun ada juga," Ani dan Isma turut menganggukkan kepala mereka.
"Urmmm...biasalah tuh. Cikgu pun begitu juga dulu..tiada apa-apa lah.. insyaallah semuanya baik-baik ok tawakal dan redha dengan ketentuan Illahi ," Cikgu Zairina menyemangati mereka.
Sekali lagi mereka mengangguk sambil senyuman terukir di wajah mereka.
Saat mengambil keputusan ,
"Nah,ini Ilmyani punya dan ini Isma punya..dan ini juga untuk Krina," serah cikgu Zairina.
Mereka mengambil dengan tangan tangan kanan lalu mereka membuka kertas dengan perlahan-lahan.
"Ya Allah..alhamdulillah..," Isma teruja dengan keputusannya.
"Krina, Ani macam mana?" tanya Isma.
"Hmmmm."
"Kenapa?" tanya Isma lagi.
" Aku berjayaaaa!" balas Ani .
" Kau Krina?" tanya Isma.
"Aku berjaya jugaaaaa," mereka berpelukan.
"Tahniah buat kamu semua... tidak sia-sia usaha awak, bukan? cikgu turut gembira," kata cikgu Zairina.
"Terima kasih, cikgu. Kami tidak akan sekali pun lupa jasa cikgu. Kami sangat berbangga ada pengajar seperti cikgu," balas Krina.
"Eh, sama-sama. Bukan saya sahaja cikgu-cikgu lain pun turut mengajar," balas cikgu Zairina.
Lantas mereka menuju ke ibu bapa mereka. Mereka berlari dengan wajah yang gembira.
"Ibuuu..," panggil Krina . Titisan air mata akhirnya keluar dari raut wajah kedua-duanya.
" Ibu..Krina berjaya!" kata Krina.
" Ibu dah tahu dari dulu lagi anak ibu berjaya..Ya Allah syukur alhamdulillah." Mak Kiah mencium dahi Krina dengan penuh tulus.
Krina memandang kawan-kawannya itu. Dia memberikan senyuman yang manis kepada sahabat yang tercintanya. Tidak henti-henti mengukir senyuman daripada mereka.
..........
"Hei korang, aku sayang korang tau..ingat!" beritahu Krina.
"Aku pun.. kalau sambung belajar jauh-jauh nanti jangan lupa aku tau," kata Ani.
"Aku juga," sahut Isma.
"Hah aku nak tanya, korang nak sambung belajar kat mana?" tanya Isma.
"Aku belajar kat sini-sini jer... aku pergi jauh-jauh nanti , siapa nak tolong jaga ibu aku," balas Krina.
"Aku ... mak aku nak hantar aku belajar di luar negara," balas Ani dengan sedih.
"Betulkah? Gembiralah.. that's good news right?" Ani tunduk ke bawah.
"Aku pun," celah Isma.
Krina terkejut.
Kedua-dua kawan kesayangannya itu pergi jauh darinya.
"Nampaknya kita semua tidak dapat jumpa sama-sama lah kan setiap hari. Mesti aku rindu."
"Nak buat macam mana. Nampaknya macam itulah," balas Ani.
YOU ARE READING
SAKIT?! BUT INDAH
Romance(IN DRAFT) Krina,Ilmyani dan Isma adalah kawan rapat.Mereka sama pandai tetapi nasib yang berbeza.Isma dan Krina mula menghadapi krisis antara mereka. 'Ya,aku sayang dia..... Aku hargai dia...tapi aku terpaksa!' luahan Isma. "Mana kau pergi! a...