06

1K 164 34
                                    

Pagi yang indah. Kedengaran kicauan burung yang berterbangan. Haechan menghirup udara pagi yang segar. Dia yang mengenakan hoodie, masih lagi berasa sejuk. Mungkin kerana hujan malam tadi.

Haechan berjalan dengan menundukkan kepala, memandang jalan tar. Sehinggalah dia terlanggar seseorang, dia kaget dan tergamam. Itu-

Lee Taeyong.

Taeyong memandangnya dengan tajam, sebelum menariknya ke sebuah lorong yang terpencil. Haechan mahu menjerit namun ugutan Taeyong menakutkannya. "Baik kau diam. Aku tak nak cederakan kau," mendengar kalimat tersebut, Haechan meneguk air liurnya. Adakah Taeyong telah tahu? Tentang dia dan Soojin yang menyelinap ke dalam bilik fotografi? Ya Tuhan, semoga Taeyong tidak mengetahuinya.

"Aku nak kau jawab dengan jujur,"

"A-apa?" Haechan menyoal. Namun mukanya kelihatan pucat. Dia berharap ada seseorang yang lalu di tempat tersebut namun malangnya, tempat itu memang benar-benar sunyi. Hanya terdengar deruan nafas mereka berdua sahaja.

"Sejak bila kau berkawan dengan Soojin?"

"Hah?"

Sekejap, kenapa...dia ingin tahu? Penting sangatkah bagi Taeyong? Dia rasa, dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Lagipun, Soojin baik. Ya, pada pendapatnya. "Tak kisahlah sejak bila, tapi aku nak ingatkan kau. Jangan jadi kawan dia. Kau kawan je lah dengan orang lain. Tapi bukan dengan dia," amaran tersebut membuatkan Haechan mengerutkan kening.

"Hyung, apa hak hyung nak halang saya berkawan dengan dia? Ke... hyung jealous sebab hyung tak ada kawan?"

Prang!

Haechan menutup matanya. Taeyong baru sahaja membaling sebuah botol kaca, tepat di sebelahnya. Jantungnya berdegup dengan laju. Dia memandang Taeyong dengan berani, walaupun hakikatnya dia rasa seperti hendak terkencing.

"Aku ingatkan lagi sekali. Jangan dekat dengan dia," lalu Taeyong mendekati Haechan, membisikkan sesuatu. "Kau pilih, hidup atau mati," lalu Taeyong beredar dari situ, meninggalkan Haechan yang terkebil-kebil.

Hidup atau mati?

Rasanya, dia kena mencari lagi bukti. Dia berlari untuk segera sampai ke sekolah. Setibanya di sana, rakan-rakannya memandang dengan pelik. Haechan kelihatan tercungap-cungap. Cuba mengembalikan nafasnya. "Hei Haechan, kau baru lepas marathon ke?" Jaemin menyoal, dan yang lain menunggu jawapan.

Sayangnya, Haechan seperti tidak mahu mendengar. Dia mencari kelibat Soojin, namun malangnya tidak ada. Dia mencari di luar kelas. Sehinggalah dia terfikir untuk ke bilik fotografi. Dan sangkaannya betul, Soojin berada di situ.

Namun dia bersama dengan Taeyong.

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now