Splash!
Habis darah memercik di serata tempat. Kedengaran raungan yang menyakitkan keluar daripada mulut dia.
Haechan membuka matanya. Bukan dia yang kesakitan, tetapi Soojin! Seseorang baru sahaja menikamnya daripada belakang. Orang itu tidak kelihatan kerana dia memakai hoodie.
Soojin memegang belakangnya, sakitnya tidak boleh digambarkan. Orang itu ingin mendekati Haechan dan secara tiba-tiba, kakinya ditarik Soojin.
Orang itu terjatuh dan Soojin tidak melepaskan peluang itu. Kapak yang terletak di lantai segera diambil. Dia mengayunkan kapak itu.
Sayangnya, kapak itu hanya mengenai lengan orang itu. Dia bergelut dengan Soojin. Kapak itu dirampas sebelum dibuang jauh-jauh.
Soojin bangun dan mencapai sebuah pisau yang disorokkannya. Namun, ketika dia berpaling, sebuah kerusi dihentak ke kepalanya. Membuatkan Soojin jatuh.
Orang itu menghampiri Haechan dan meleraikan ikatan tersebut. Haechan terpinga-pinga, otaknya tidak dapat memproses apa yang baru berlaku.
"Keluar cepat! Minta tolong kat orang!" Orang itu membantu Haechan untuk bangun. Haechan hanya menurut. Sebelum pergi, Haechan berpaling kepada orang itu.
"Terima kasih," sebuah senyuman tipis diberikan sebelum dia berlari pergi.
"Argh...," Nampaknya Soojin sudah bangun. Soojin memandang lelaki itu dengan benci. Pisau digenggam dengan erat.
"Kau hancurkan plan aku! Kau tunggu aku bunuh kau!"
Di sebalik hoodie orang itu, dia tersenyum sinis. Langsung tidak gentar dengan kata-kata tersebut.
"Mari kita tamatkan kat sini. Aku dah penat,"
••••••••••••••••••••
"Haechan, kau kenapa?! Tahu tak kitorang cari?!" Kawan-kawan Haechan menyoal dengan risau. Haechan menarik nafasnya dulu, sebelum menyambung.
"Cepat, kita kena call polis! Cepat, nanti dia terlepas!" Renjun, Mark dan Jaemin pergi berjumpa dengan seorang guru mereka supaya menelefon polis.
Jeno, Jisung dan Chenle pula menenangkan Haechan yang kelihatan takut. Mukanya pucat.
10 minit kemudian, kedengaran siren polis memasuki perkarangan sekolah. Haechan dan kawan-kawannya bergegas ke tempat Haechan dibawa tadi. Baru Haechan perasan yang itu ialah bilik fotografi.
'Tolonglah, jangan biar dia terlepas," Kata Haechan di dalam hatinya.
Npe cm klise ek? Huhu 🐦. So far, korg enjoy x baca citer ni? Maaf klu x best 🙇♀️. P/s: one more chap and done!
YOU ARE READING
Psycho » Haechan [✓]
Misterio / Suspenso- Malay, LHC's Fanfiction "Evil, ornery, scandalous and evil, most definitely" -Doin' Time, Lana Del Rey. • Start: 14.1.2021 • End: 18.2.2021 • Status: COMPLETE ✓ by @fairyrh