07

989 158 47
                                    

"Kau jangan dekat dengan dia lagi!" -Taeyong

"Kenapa kau nak sibuk dengan hal aku? Aku tak kacau kau pun," -Soojin

"Memang, tapi kau kacau hidup orang lain. Ikutkan hati aku, nak je aku bu—" -Taeyong

"Bunuh aku? Jadi bukti kau hilangkan budak-budak tu akan jadi betul. Kau tak takut ke?" -Soojin

Haechan yang mendengar pertelingkahan tersebut menjadi keliru. Dari cara mereka bercakap, mereka seperti sudah lama kenal. Adakah... Soojin juga terlibat dalam hal ni? Haechan menggelengkan kepalanya. Menepis semua anggapan buruknya terhadap gadis itu.

"Hei kau dengar sini," Taeyong menarik rambut Soojin. Wajah gadis itu menjadi berkerut. Haechan yang melihatnya ingin membantu namun dia menahan diri. Di dalam hatinya, dia sudah menyumpah seranah Taeyong.

"Kalau kau melebih lagi, aku tak akan teragak-agak bertindak. Kau tunggu je nanti," lalu Taeyong melepaskan rambut Soojin dan pergi dari situ. Haechan menyorok, memastikan Taeyong tidak melihatnya. Setelah itu, dia segera mendekati Soojin.

"Soojin, kau okay? Sa-" Haechan terkejut. Gadis itu, memeluknya. Dia kelu. Tetapi mendengar tangisan Soojin yang semakin kuat, dia membalas pelukan tersebut. Cuba menenangkan Soojin.

"Jangan nangis. Aku kat sini," Haechan mengelus rambut Soojin dan menepuk-nepuk bahunya. Hampir seminit menangis, akhirnya tangisan Soojin reda. Dia memandang Haechan dengan mata yang merah. "A-aku takut. Aku minta maaf Haechan sebab sembunyikan ni dari kau," ucap Soojin dengan sayu.

Haechan berkerut, sembunyikan apa? "Sembunyi? Apa maksud kau?" Soojin kelihatan ragu untuk bercerita kepada Haechan, "erm aku rasa tak boleh nak cerita kat sini. Apa kata kita pergi kafe hari tu? Nanti aku bagitahu," lalu Soojin bangun dan beredar.

Haechan hanya memandang Soojin dengan tatapan pelik. Sepertinya benda yang akan diberitahu itu terlalu rahsia. Ataupun mungkin dia tidak mahu 'dia' mendengarnya. Ya, Lee Taeyong. Dia tidak sabar untuk menunggu waktu persekolahan habis.

|Di kafe|

Haechan duduk di sebuah meja yang terletak di sudut kedai. Tidak ramai orang, dan dia juga tidak mahu sesiapa curi dengar. 5 minit menanti, akhirnya gadis itu sampai juga. Haechan melemparkan senyuman ceria kepadanya.

"Sorry lambat," Haechan menggeleng sahaja, menandakan bahawa tidak mengapa. "Kau dah sedia nak dengar? Aku harap kau dengar dulu sebelum tanya," nada suara Soojin berubah serius. Begitu juga dengan mukanya. Haechan diam, bersedia untuk mengetahui rahsia tersebut.

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now