17

778 144 67
                                    

Sepanjang 3 tahun berada di situ, Soojin dibuli dan diganggu. Dia mengalami stres yang teruk. Keluarganya juga jarang melawatnya.

"Aku sumpah dengan darah aku sendiri, aku...aku akan bunuh korang," katanya sambil menoreh pergelangan tangannya.

|Selepas 3 tahun|

Soojin dibebaskan daripada rumah pemulihan. Dia berasa gembira dapat terlepas daripada tempat yang seperti neraka itu.

1 jam menunggu, keluarganya tetap tidak menjemputnya. Akhirnya, dia pulang dengan seorang pegawai yang ingin pulang.

'Tch, diorang benci aku kan? Mestilah diorang tak datang," katanya di dalam hati. Selepas 2 jam menempuh jalan raya, akhirnya sampai juga di rumah Soojin.

"Berani adik tak guna ni jejak rumah. Kau tak malu ke?" Suara Taeyong menerjah ke telinga Soojin. Muka gadis itu merah padam menahan marah.

Taeyong melangkah menghampiri Soojin, lalu berbisik, "kau tu bukan sesiapa kat rumah ni. Mama dengan papa pun tak mengaku kau anak diorang. Haih malangnya hidup adik aku ni," Taeyong mengelus lembut rambut Soojin.

Soojin menepis tangan Taeyong dan berlari ke biliknya. Dia mencampakkan segala barangnya. Habis berselerak.

"Semua manusia kat dalam rumah ni memang tak guna! Kenapa aku yang salah? Bodoh!" Soojin mencengkam rambutnya sendiri.

"Dah tu kau nak buat apa? Kau tak boleh diorang buat kau macam ni,"

"Hah? Si-siapa tu?" Soojin melihat sekeliling biliknya. Lalu, dia ternampak seorang gadis di penjuru biliknya. Tetapi...kenapa muka gadis itu sama sepertinya?!

"Kau...kenapa muka kau sama dengan aku? Kau nak apa?!

"Jangan risau. Aku ialah kau. Tak payah nak takut dengan aku. Aku datang nak tolong kau," 'kembar' Soojin itu tersenyum.

"To-tolong aku? Ma-macam mana?" Soojin mula tertarik dan mendekati gadis itu.

"Hah, caranya macam ni...,"

••••••••••••••••••••

"Mama! Papa!" Jeritan Taeyong menguasai rumah tersebut. Kerana terlalu terkejut, dia tidak dapat menggerakkan badannya.

"Haha, seronok tak? Hah apa? Mama tak suka? Alah, tapi Soojin sukalah," Soojin merengek di sebelah mayat ibu bapanya. Sambil itu, dia menikam-nikam mayat tersebut.

Taeyong menghampiri adiknya sebelum gadis itu ditampar. Soojin memandang Taeyong dengan tajam.

"Abang kenapa hah?! Tak nampak ke adik tengah main dengan mama papa ni?!"

"Soojin, kau tengok kau dah buat apa! Sedarlahhh!" Kata-kata itu menyedarkan Soojin. Dia memandang mayat ibu bapanya.

"Tak...Soojin tak buat! Bukan Soojin!" Soojin meraung, dipeluknya kedua mayat tersebut. Dia menyesali perbuatannya.














Npe rasa seram pulak ek? Hmm ntah lh 🐦🐦🐦. Sorry klu merapu hshshsh

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now