05

1K 171 40
                                    

Taeyong melangkah perlahan ke dalam bilik tersebut. Memerhatikan gambar-gambar yang bertaburan di sana sini. Dia mengeluh. Mengutip dan meletakkan di sebuah meja. Setelah itu, dia masuk ke sebuah bilik dan mengambil sebuah kamera. Lalu segera beredar dari situ.

Kedua pasang mata yang memerhatikan, menghembus nafas lega. Rasanya seperti jantung mereka berhenti berdegup. Soojin dan Haechan menyorok di dalam almari, nasib mereka baik kerana Taeyong tidak membuka almari tersebut.

"Syukurlah aku hidup lagi. Aku tak nak mati. Aku belum kahwin lagi," Soojin yang mendengar, menepuk kepala Haechan. Waktu begini pun masih hendak berlawak. "Aduh! Aku gurau je," Haechan menggosok kepalanya, keras betul tangan perempuan ni. Makan besi ke apa?

"Dah jom keluar. Aku rasa macam tak ada apa kat sini," mereka segera keluar. Lalu keduanya pergi dari kawasan sekolah dan singgah di sebuah kafe. Mereka hanya memesan air. Keduanya juga hanya senyap. Seperti tiada topik yang ingin dibualkan. Melihat suasana yang sunyi, Haechan berasa kekok. Dia membuka mulutnya.

"Aku...minta maaf. Nasib baik kita menyorok, kalau tak mesti kena tangkap dengan dia," Haechan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Gadis di depannya hanya tersenyum. "Tak apalah. Lagipun, kau tak rasa seronok ke? Kita dah jadi macam penyiasat. Dengan baju kau lagi," Soojin ketawa. Pertama kali Haechan melihat gadis dengan wajah dingin itu ketawa. Suaranya yang lunak menghanyutkan Haechan. Dia tersenyum tanpa sedar.

Hari itu, mereka menghabiskan masa dengan berbual tentang diri masing-masing. Mereka sudah kelihatan rapat. Haechan juga berasa selesa berborak dengan Soojin. Rasanya, ingin pertama kali dia berbual dengan seorang gadis. Soojin bukanlah seorang yang sombong.

Ketika Haechan memasukkan tangannya ke dalam poket, dia merasakan ada sebuah gambar. Dia menariknya, tetapi dengan perlahan. Tidak mahu Soojin melihatnya. Oh, gambar tadi. Dia berasa bingung. Perlukah dia tunjukkan kepada Soojin? Seketika kemudian, dia menyimpannya kembali. Merasakan bahawa tidak penting lalu menyambung perbualan mereka yang tergendala.

"Kau...tak patut dengan dia. Dan kau Soojin, lambat-laun nanti orang akan tahu juga,"

Psycho » Haechan [✓]Where stories live. Discover now