Haechan terkejut apabila mendapat panggilan daripada Soojin. Seingatnya, dia tidak memberikan nombornya kepada Soojin. "Aku dapat daripada Mark. Aku lupa nak minta kat kau," Haechan hanya meng-oh-kan sahaja. Lalu keduanya senyap, sebelum Haechan bersuara.
"Kenapa kau call aku?"
"Hmm sebenarnya...aku nak ajak kau datang rumah aku. Tapi tak apalah, aku takut kau busy," Haechan memandang telefonnya. Betulkah ini Soojin? Kenapa dia mempelawa Haechan ke rumahnya? "Hello? Haechan kau dengar tak?" Suara Soojin menghilangkan lamunannya lalu dia menjawab, "ahh okay. Nanti kau share location," ucap Haechan lalu menamatkan panggilan tersebut.
|Rumah Soojin|
Haechan membeliakkan matanya. Sekarang dia sudah berada di depan rumah Soojin. Rumahnya sangat besar, seperti sebuah istana. Pagarnya juga tinggi, membuatkan Haechan terpaksa mendongak. 'kayanya dia," Haechan berkata di dalam hati.
Tiba-tiba, pagar itu terbuka dan menampakkan sosok Soojin yang mengenakan dress berwarna biru muda. Nampak manis di mata Haechan. "Jemputlah masuk," pelawa gadis itu. Haechan mengikuti langkah tuan rumah.
"Besar betul rumah kau. Dah macam shopping complex," ucap Haechan. Sejak tadi dia mengitari rumah tersebut yang berkonsepkan moden tetapi ringkas. Soojin tergelak, lalu menjawab, "ish tak adalah! Biasa je,"
"Kau sorang je ke? Parents kau mana?"
Soojin yang ketika itu hendak ke dapur, mendadak berhenti. Dia hanya memandang Haechan sekilas, sebelum menjawab, "diorang...tak ada,"
"Tak ada? Keluar ke?"
"Tak maksud aku, diorang...dah meninggal," Haechan tersentak. Sungguh dia tidak tahu yang Soojin ialah anak yatim piatu. "Oh, maaf. Aku tak tahu," nada suara Haechan amat perlahan ketika mengucapkan ucapan maaf. Soojin tertawa kecil sebelum dia berlalu ke dapur.
Haechan menggaru kepalanya. Suasana yang sunyi mencengkam dirinya. Lalu dia bangun dan pergi ke sebuah rak yang menampilkan bingkai foto keluarga Soojin. Sekadar melihatnya sahaja. Soojin kecil kelihatan comel, di samping ibu dan ayahnya. Haechan berasa sebak seketika.
Dum!
"Eh mak kau hijau! Hah kau kan aku dah melatah," dia mengurut-ngurut dadanya, terkejut kerana terdengar hentaman pintu yang bersumber dari tingkat atas. Dia merasakan bahawa dia harus melihatnya, manalah tahu ada pencuri ke apa.
Dengan sisa keberanian yang ada, dia melangkah ke atas. Tetapi tiada sesiapa. Kosong. "hm aku salah dengar kot," gumamnya namun ketika dia hendak turun, terlihat kelibat seseorang. Seseorang yang memang dikenalinya.
"Tae-taeyong?"
YOU ARE READING
Psycho » Haechan [✓]
Mystery / Thriller- Malay, LHC's Fanfiction "Evil, ornery, scandalous and evil, most definitely" -Doin' Time, Lana Del Rey. • Start: 14.1.2021 • End: 18.2.2021 • Status: COMPLETE ✓ by @fairyrh