☘️ ; special chapter

433 38 43
                                    

~~~

» 10 Tahun Kemudian...

"Tahniah korang berdua!"

Beomgyu dan Hery tersenyum bahagia. Hari ini merupakan hari perkahwinan mereka setelah beberapa tahun berada dalam fasa percintaan. Kuat betul kan jodoh mereka?

"Hehe, terima kasih noona." Ucap Beomgyu kepada Haraura. Sekarang Haraura sedang bersendirian bersama dengan pasangan baharu itu.

"Eh, noona seorang je ke? Mana hyung?" Soal Beomgyu sambil melihat sekeliling. Perkara itu turut dilakukan oleh Hery yang berada di samping Beomgyu.

"Entahlah, dia tengah cari Jaehwan. Menghilang entah kemana pula." Balas Haraura. Beomgyu dan Hery menganggukkan kepala berkali-kali.

"Omma!!"

Tersentak Haraura dibuatnya, dia pantas menoleh ke belakang. Seorang kanak-kanak lelaki berpakaian sut hitam putih yang berumur 10 tahun berlari ke arah Haraura. Dibelakangnya pula ada Jungkook yang sedang mengejar. Haraura menepuk dahi, apa kena dengan dua orang ni dah macam budak-budak tadika.

"Jaehwan pergi mana? Penat tahu omma dan appa cari tadi." Soal Haraura sebaik sahaja anak lelaki sulungnya itu masuk ke dalam dakapan nya. Mungkin takut ditangkap oleh Jungkook.

Walaupun masih berumur 10 tahun, tinggi Jaehwan sudah mencecah paras dada Haraura. Genetik Jungkook lah mungkin? Kalau dilihat baik-baik, Jaehwan semuanya ikut genetik Jungkook.

"Jumpa Uncle Taehyung." Balas Jaehwan ringkas.

"Huh, kenapa kamu lari dari appa?" Soal Jungkook dengan nafas tak teratur. Baru sampai di depan Haraura dan Jaehwan.

"Bila masa Jaehwan lari dari appa? Jaehwan berlari sebab cari omma." Balas Jaehwan.

Haraura dah tergelak tengok reaksi Jungkook, tabahlah dapat anak savage.

"Dah lah mari makan!"

"Jom!" Jaehwan tiba-tiba bersemangat soal makan, tengok tu? Sebiji macam Jungkook kan.

Jungkook dan Jaehwan berlalu terlebih dahulu meninggalkan Haraura untuk mengambil makanan.

Tabah lah ya, Haraura.

~~~

"Relax lah weh, majlis tak tamat lagi." Kata Jimin, apabila melihat Taehyung yang sudah mahu beredar pulang.

"Etul tu, ajlis tak amat agi."

Jimin menoleh ke sebelah dimana anaknya berada. Amboi dia bila bercakap, pelat lagi dah pandai. Park Jihyung, anak perempuan Jimin yang masih berumur 2 tahun lebih. Jangan main-main budak tu bijak nak mati, IQ tinggi tu!

Tapi sayang, hanya Jimin seorang diri yang membesarkan Jihyung oleh kerana isteri tercinta telah meninggal dunia sewaktu melahirkan anak mereka. Park Hyung Na, dalam kenangan.

Taehyung tersenyum mendengar cara anak Jimin bertutur. Sungguh comel!

"Maafkan uncle, uncle ada hal sikit." Kata Taehyung sambil mencubit perlahan pipi Jihyung yang gebu itu. Izinkan Taehyung culik anak Jimin sekarang.

"Aku ada hal lah hyung." Kata Taehyung pula kepada Jimin.

"Okaylah kalau macam tu, Jumpa nanti chau!" Balas Jimin. Taehyung tersenyum dan dia buat handshake bersama Jimin. Mereka berdua memang sudah rapat, walaupun umur agak jauh berbeza.

Taehyung pun beredar ke tempat Beomgyu untuk meminta diri sebelum pulang.

Tidak lama kemudian, Jaehwan kembali menghampiri Jimin setelah selesai makan. Nak berbual dengan uncle Taehyung lah katakan.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now