14 ; meet again

586 70 4
                                    

~~~

"Hati Hati!!"

Kaki aku seolah tidak dapat bergerak. Aku dapat rasakan seseorang menarik badan aku lalu aku terjatuh ke bawah dalam keadaan berbaring dan orang itu jatuh menindih aku.

Aku membulatkan mata.

Ta-tak...

Kedengaran serpihan ranting kayu besar yang jatuh ke bawah.

Jantung aku ibarat berhenti berdengup. Dia juga turut terkejut melihat aku.

Wajah kami hanya beberapa inci sahaja, betapa dekatnya sehingga dapat merasai hembusan nafas masing-masing.

"Jungkook?"

"Haraura?"

Serentak kata itu dikeluarkan dari mulut kami.

Cepat-cepat sahaja Jungkook bangkit dan duduk di samping. Jungkook berdesis kesakitan sambil memegang tangannya.

Haraura turut bangun dan duduk, dia melihat Jungkook dan menjatuhkan pandangan ke arah tangan lelaki itu.

"Omo! Jungkook, tangan kau luka. Maafkan aku, ma-mari aku tolong ubatkan." Haraura meraih tangan Jungkook tanpa dia sedar sebab rasa bersalah sangat.

Jungkook hanya memerhati wajah Haraura yang dalam riak kerisauan akan dirinya.

~~~

"Oppa! mana pula tak ada ke?" Getus hati Haraura.

"Omma!? Appa!?" Panggil Haraura lagi.

"Haih, tak akan lah dah hilang? Aku pergi sekejap je pun?" Soal Haraura sendirian.

Jungkook yang berada di bangku taman rumah itu di toleh.

Melihat tangan lelaki itu berdarah luka yang boleh tahan teruk membuat Haraura rasa bersalah.

Haraura pun mengambil ubat luka dan kapas untuk merawatnya.

Dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu.

"Izinkan aku?" Soal Haraura terlebih dahulu.

Jungkook mengangguk lalu tangan lelaki itu diraih dan diletakkan di atas pahanya yang beralas seluar panjang.

Dia mula merawat tangan Jungkook. Teruk juga luka ni, ada paku ke dekat tempat tu tadi.

"Sorry." Ucap Haraura.

"Nae?" Jungkook menyoal apabila tidak berapa nak dengar.

"Sorry sebab kecuaian aku, kau jadi luka macam ni." Kata Haraura dingin sahaja.

"Ouh, tak apa." Balas Jungkook dengan senyuman nipis.

Tapi senyuman itu mula pudar saat matanya menjatuhkan pandangan ke arah jari manis milik Haraura yang tersarung cincin.

Memang Jungkook tahu Haraura dah bertunang tapi,

Jungkook menarik tangan Haraura dan membuat Haraura terkejut.

Jungkook melihat cincin itu dengan jelas dan dia membulatkan mata.

Kenapa cincin pertunangan Haraura sama dengan miliknya!?

"Cincin kamu berdua limited edition tau."

Kata-kata Tuan Jeon masih berlegar di ingatan Jungkook.

"Kau kenapa?" Pelik Haraura.

"Ta-tak ada apa." Balas Jungkook lalu melepaskan tangan Haraura. Tanganya disorokkan di belakang badan.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now