18 ; take care

550 66 5
                                    

~~~

Aku membantu Jungkook untuk lap badan dia guna kain basah. Aku lap dekat dahi, pipi, tengkuk, leher dan lengan.

Dan aku membantunya untuk duduk bersandar di kepala katil. Dia nampak penat, lesu dan pucat saja.

"Nah." , Aku menghulurkan kain basah itu ke arahnya. Dia menatap aku pelik.

"Kau lap lah sendiri dekat badan kau." Kata aku. Dia senyum mengusik.

"Kenapa bukan kau je yang tolong lapkan?" Soal Jungkook. Aku buat muka menyampah.

"Aku tumbuk juga kau sekejap lagi. Buat sendirilah bukannya kau tu tunang atau suami aku pun." Kata aku.

"Dah tu jom lah kita kahwin." Ajak Jungkook selamba.

Membulat mata aku sambil menatapnya dengan tajam. Suka hati kau je eh.

"Aku gurau je. Tahulah kau sayang sangat dekat tunang kau tu. Aku pun ada tunang, macam kau sorang. Aku pun tak ingin lah dekat kau." Perli Jungkook. Ada juga orang demam tak baik-baik nanti.

"Suka hati aku lah."

Jungkook pun membuka butang bajunya dari atas untuk lap badannya. Selepas tiga butang sudah tertanggal, Jungkook melihat ke arah aku.

Aku tatap dia pelik.

"Kenapa?" Soal aku.

Jungkook melihat ke arah bajunya dan tatap aku balik. Okay aku faham. Aku menjulingkan mata ke atas dan bangun dari duduk lalu menapak ke pintu keluar bilik.

"Lepas dah siap kau tidur lah balik. Kain apa semua tu aku akan ambil nanti." Pesan aku lalu terus menapak keluar.

"Risau juga kau dekat aku?"

~~~

Malam sudah menjelma. Aku masih di ruang tamu tengok drama. Tak habis-habis dengan drama. Makanan aku pun penuh atas meja. Lebih daripada tengok wayang pulak.

Tengok punya tengok. Kunyah punya kunyah. Last-last aku baru teringat dengan Jungkook yang demam dekat atas.

Aku dah suruh dia telan ubat panadol dua biji masa aku masuk nak ambil kain dan bekas apa semua tu. Mula-mula dia tolak. Tapi aku paksa juga.

Nice budak Jeon yang kedekut suara dahulu tak suka ubat pil.

"Tidur tak lagi dia tu?" , Aku mendongak tengok ke tingkat atas.

Malas nak berfikir panjang, makanan aku letak atas meja balik dan aku capai remote lalu tutup tv lalu aku berdiri dari duduk untuk ke bilik Jungkook.

Tombol pintu aku pulas lalu pintu terbuka, aku pun masuk ke dalam. Ok tidur tapi macam tak nyenyak je? bergerak situ bergerak sini. Mukanya berkerut-kerut peluh.

Baju masih dengan baju kemeja kerja. Dia tak nak mandi ye. Korang jangan suruh aku paksa dia, nanti naya pula aku. Disebabkan panas, Jungkook biarkan tiga butang baju kemejanya dari atas terbuka.

Kesian pula aku tengok dia ni. Mudah berjangkit sungguh.

Aku ajak pergi klinik tak nak.

Aku duduk di birai katil Jungkook. Dahi lelaki itu aku sentuh untuk tahu suhunya.

Okay sikit dari tadi. Tapi sikit je lah. Boleh pergi kerja ke tak ni esok.

Pegang punya pegang tiba-tiba Jungkook berpaling dan kepalanya menindih tangan aku yang aku letak dekat bahagian pipi dia tadi untuk tahu suhu.

Aku kerutkan dahi dan cuba untuk tarik balik tangan aku tu.

"Jebal.." Ujar nya dengan suara serak, dalam keadaan mengigau dia tarik tangan aku kembali dan letak bawah pipi dia lagi.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now