~~~
"Mana kau wahai jebon yang suka membisu." Tutur Haraura dalam nada yang sedikit tinggi.
Anak matanya tak lepas dari menilik habis satu bangunan sekolah ni. Wanita itu sedang mencari encik pendiam yang diminati ramai orang sambil bercekak pinggang.
Sehingga pelajar yang lalu lalang beranggapan senior wanita kurang ajar mereka ini sudah gila.
Tanpa Haraura sedar sudah ada figura seseorang sudah laju berlari ke arahnya dari arah belakang.
"Kau kenapa! macam orang gila sesat aku tengok kau." Tegur seseorang selepas bahu milik Haraura dia sengaja langgar.
Hampir terjatuh Haraura dibuatnya.
Terkejut juga wanita itu apabila lelaki itu suka hati tok nenek moyang mak bapak dia main langgar bahu orang, dari belakang pula tu.
"Baru tahu ke aku memang gila kau tu pula lima kali lebih berlipat ganda daripada aku." Kata Haraura sambil menjeling Taehyung tajam macam hujung pisau dapur.
Tapi, Haraura hanya mendegar gelak tawa dari Taehyung.
Sambil itu bahagian belakang wanita itu ditepuk kuat sehingga Haraura hampir tersungkur mencium lantai.
Anda ingat Haraura sedang membuat lawak hambar ke!
"Kau apahal hah! kalau aku cium lantai tadi tak pasal-pasal muka kau tu habis kesan lebam." Marah Haraura
Dia kembali mencari kelibat si anak jebon yang suaranya sangat terlebih mahal untuk dikeluarkan.
Haraura peduli apa yang penting dia nak juga Jungkook tu jadi Jungkook yang mulut murai sjdvsjns-
Taehyung dah naik bosan dengan sahabatnya yang sudah dia anggap adik beradik kandung sendiri ini. Terlintas idea tak berapa nak bernas dari otak Taehyung.
Dia tersenyum sinis sebelum bahu wanita itu menjadi mangsa sergahan.
"Hah, HARAURARARA!! tu dia si budak bisu!!" Jerit Taehyung tepat di telinganya membuat Haraura berundur.
Haraura yang terlebih gila bak kata dirinya sendiri melihat ke arah tempat yang Taehyung maksudkan.
Krik krik krik-
Tidak ada Jungkook pun disitu melainkan seekor arnab yang sedang mencuri lobak merahㅡhsjdvbdndvds sejak bila arnab terlepas dekat sekolah.
Wajah Taehyung yang tersenyum lebar seperti muka tak bersalah itu ditatap tajam.
"Kau memang dah nak mati awal?" Soal Haraura dengan wajah dingin.
"Apa betullah bukan ke arnab tu bisu juga kalau kita bercakap dia tak menjawab pun." Jelas Taehyung dan berjaya mendapat satu pukulan padu sampah di atas kepala hotak yang mereng itu.
"Boleh jadi berlipat kali ganda gila aku bila layan orang tak betul macam kau ni." Ujar Haraura lalu menapak pergi meninggalkan Taehyung disitu.
Kepala yang dipukul digosok perlahan setelah dia baru perasan Haraura sudah jauh darinya dia mula membuka suara.
"Eh, eh, Haraura aku gurau je! Woi, kau balik dengan siapa hari ni!" Jerit Taehyung.
"Aku balik macam biasa lah tak akan tak tahu?" Soal Haraura pula dengan nada jeritan disebabkan jarak mereka sudah jauh.
Taehyung hanya mengangguk faham lalu pergi beredar. Haraura walaupun anak orang kaya datang sekolah tetap 'skateboard' jangan main-main dengan perempuan ini.
YOU ARE READING
✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJK
Fanfic[ OLD TITLE : MR. TACITURN ] our lives are different, tied in a secret relationship without us knowing. WARNING! : Book ni rinn tulis waktu masih awal mengenali dunia oren ni, jadi minta dimaafkan jika tidak menarik.