26 ; club

518 59 3
                                    

~~~

Aku sedang bersama Taehyung sekaligus P.A aku di kantin syarikat ni. Aku dah menceritakan semua masalah kepada Taehyung. Barulah dia faham kenapa aku yang akan jadi bos dekat sini.

"So? macam mana hubungan kau dengan Jungkook?" Soal Taehyung tiba-tiba yang membuka topik aku dan Jungkook. Tersedak juga kawan tu tengah duduk dekat rumah layan cerita My Little Pony.

"Hubungan aku dengan Jungkook? bila masa aku ada hubungan dengan dia?" Soal aku balik yang pastinya aku tahu maksud Taehyung yang bertanya tentang perkembangan aku sebagai tunang Jungkook.

"Kau ni Haraura, kau kan tunang dia. Jadi apa perkembangan tentang kau dengan dia? dah boleh terima antara satu sama lain dah ke?" Kata Taehyung. Serius weh aku tak leh jawab soalan ni. Sebab aku tak tahu. Yang aku tahu aku still buat perangai macam biasa dan anggap Jungkook tu sahabat aku lagi.


Cuba kalau yang membaca ni duduk dekat tempat aku. Mesti akan lakukan perkara yang sama juga kan.

"Tak ada apa lah, macam sedia kala." Jawab aku. Jus lemon di hadapan aku minum menggunakan straw.

"Kau ada terserempak dengan Daniel?" , Aku terkaku lalu mengakat muka untuk melihat Taehyung. Dah lama aku tak dengar nama lelaki tu. Dan aku tak tahu dia macam mana sekarang biarlah dia buat sakit kepala je.

"Tak ada. Kenapa kau tiba-tiba buka topik pasal dia ni?" Soal aku. Aku setia melihat Taehyung untuk membalas soalan aku.

"Aku ternampak dia hari tu dekat restoran..." Taehyung menggantungkan ayatnya.

"... dengan Hana, Lee Hana. P.A baru Jungkook. Kau ingat dia lagi kan." Sambung Taehyung kepada aku. Hana, lama aku tak dengar pasal minah terkena air kumbahan ni. Tapi, dia P.A Jungkook?

"Ingat, siapa je tak ingat." Balas aku selamba. Taehyung masih melihat aku.

"Kenapa? ada masalah?" Soal aku.

"Ani, aku cuma nak bagi tahu kau untuk berhati-hati. Kau tahu kan Hana tu macam mana, kau faham kan maksud aku."

"Hmm, aku faham. Thanks."

"Sahabat aku juga, aku tak nak kau sakit hati lagi untuk kali kedua."

~~~

Sedang aku mengemaskan barang. Telefon aku di atas meja berbunyi. Aku hanya membiarkannya dahulu. Setelah selesai, aku mengambil handbag aku.

Tok! Tok! Tok!

"Masuklah."

"Haraura, waktu balik." Kata Taehyung dan aku mengangguk faham. Aku minta dia untuk tolong bawakan beg laptop aku.

Kami pun keluar dari pejabat. Sedang dalam perjalanan. Telefon aku berbunyi lagi. Aku pun menyeluk handbag lalu mengambil handphone. Sementara menunggu lift terbuka aku membaca chat dari orang asing.

+82 ××××××××××

+ Haraura aku nak kita jumpa malam ni.
+ Dekat club bar, ada sesuatu yang aku nak cakap dengan kau.
+ Kau tak datang, aku akan bunuh Jungkook.
+ Aku, Daniel.

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now