27 ; drunk kiss

556 59 0
                                    

~~~

Jungkook meletakkan Haraura di atas katil dengan perlahan untuk elakkan gadis itu bangun.

"Bodoh kau ni Haraura. Kau boleh buat kerja gila macam ni." Bebel Jungkook kepada Haraura yang sedang tidur itu.

"Kalau aku tak datang tadi. Aku tak tahu apa yang akan jadi dekat kau." Kata Jungkook yang masih risaukan nya. Cuba kalau dia buat keputusan tak nak mencari tadi. Macam mana!?

Luka yang di muka, Jungkook biarkan. Lalu dia mengambil keputusan untuk keluar sahaja. Langkah Jungkook terhenti. Dia menoleh ke arah tangannya dan kembali ke arah Haraura. Sudah!

"Jungkook?" Panggil Haraura dalam keadaan mabuk. Mungkin mengigau ni sebab tadi dia tidur kan!?

"Jangan tinggalkan saya."

Ternaik kening Jungkook dibuatnya. Kenapa dengan Haraura.

"Tak, aku tak tinggalkan kau pun." Jawab Jungkook disebabkan perempuan tu tak pejam mata. Susah ni!

Ditariknya tangan Jungkook dengan kuat sehinggakan Jungkook terdorong ke arahnya dan wajah Jungkook betul-betul menghadap wajah Haraura saat ini.

Yang jadi masalahnya Jungkook yang dekat bawah ni. Bapak gila kuat Haraura.

Membulat mata Jungkook yang dah sedia bulat tu. Leher Jungkook menjadi mangsa tangan Haraura yang melingkarinya. Jungkook dah tak boleh bergerak.

"Saranghae Jungkook-ah" Bisik Haraura di telinga Jungkook dengan tawaan. Dia merapatkan kepalanya ke arahnya. Jungkook dah gelisah.

Dan ya, bibir mereka bersatu untuk kali yang kedua dalam ikatan pertunangan rahsia mereka.

Yah, tolong jangan seksa aku macam ni!

Jungkook terkaku sambil menatap anak mata Haraura.

Beberapa saat selepas itu, kepala Haraura jatuh di tepi kepala Jungkook lebih tepat di leher lelaki itu. Dia dah tertidur balik.

Jungkook menarik nafas dengan dalam dan menghembus kembali. Jantungnya berdegup kencang.

Adakah Jungkook sudah jatuh cinta lagi kepada tunang sendiri?

Disebabkan dah tak boleh nak bergerak. Jungkook stay je lah macam tu. Tidur kena peluk dengan orang mabuk.

~~~

Park Haraura's

Aku membuka mata perlahan. Kepala aku masih sakit. Apasal aku rasa lain macam ni. Aku tengok tepi. Leher? jap? aku dongakkan sikit kepala dan tersentak bila menyedari itu Jungkook.

Yah! dia buat apa dalam bilik aku!? Aku cuba untuk bangun dengan bersusah payah. Takut dia tersedar. Dengan usaha aku yang tak seberapa ni. Jungkook membuka mata dan automatik penglihatan aku juga sepenuhnya kepada Jungkook.

Yah! bangun tidur pun kena wajib handsome dan plus hot macam ni ke apa!?

Tatapan mata dia je dah mampu buat aku tergugat. Asal lelaki berbahaya macam ni pun kena hidup atas bumi.

Bila dah tersedar dengan keadaan secara pantasnya aku bangkit dari atas badan Jungkook dan lelaki itu juga turut bingkas bangun. Lidah aku kelu tak tahu nak cakap apa.

"Ma-maaf." Ucap Haraura canggung.

Jungkook pula hanya mengusap perlahan leher belakangnya. Teringatkan tindakan Haraura semalam. Jungkook je yang sedar.

Eh? aku baru perasan dekat muka Jungkook ada lebam dan hujung bibirnya berdarah dan luka. Apa yang jadi semalam!?

Aku dekatkan tangan aku ke arah muka dia dan kesan lebam tu aku sentuh perlahan.

"Arh! jangan!" Halang Jungkook. Aku kerutkan dahi.

"Muka kau kenapa? apa yang terjadi?" Soal aku.

"Tak ada apa."

Apa dia cakap tadi? tak ada apa? habistu dari mana datangnya lebam dan luka ni.

"Kau pergi mandi dulu nanti kau letak ubat!" Arah aku cepat. Dia menjongketkan kening.

"Kau risaukan aku?"

"Muka kau lebam dan luka dan aku nak kau sapukan ubat, nanti memburuk baru tahu." Jelas aku.

"Kenapa kau ada dekat sana semalam dengan Daniel?" Soal dia. Dan kini wajah dia kembali serius. Aku malas nak cakap banyak dan cerita hal sebenar.

"Aku buat semua tu sebab dia ugut aku yang dia akan bunuh kau. Jadi tak akan lah aku nak biarkan je." Jelas aku lagi.

Tanpa pengetahuan aku Jungkook menarik senyuman kecil di bibirnya.

"Sayang juga kau dekat aku?"

Apasal dengan Jungkook hari ni? Lain macam dari tadi lagi perasan macam ni. Buang tabiat?

"Err, dah lah pergi sana mandi! banyak cakap pula." Kata aku lalu aku menapak keluar dari bilik itu.

Setelah aku siapkan diri. Aku mengambil ubat luka di dalam kotak kecemasan. Lalu aku bawa naik ke atas dimana Jungkook berada.

Klerk!

Aku membuka pintu, setelah tengok Jungkook sedang duduk dekat balkoni bilik aku pun masuk.

"Jungkook." Panggil aku.

Dia menoleh ke arah aku lalu menghampiri aku setelah aku memberi isyarat mata untuk dia datang. Dia melabuhkan punggung disebelah aku.

Ubat luka tadi aku suakan ke arahnya. Tapi dia hanya melihat ke arah ubat tu dan aku silih berganti.

"Nah, ubat untuk luka kau tu." , Aku memberitahunya.

"Tolong sapukan."

Kenapa gedik sangat?! macam tak ada tangan pula nak suruh orang.

"Eh, ada tangan ada mata kan? sapu lah sendiri." , Aku memerlinya.

"Kalau kau tak buat, tak perlu lah."

Ya tuhan! baik kau jadi macam dulu je daripada gedik macam ni.

"Ye lah! pusing sini!" Arah aku tegas.

Aku nampak Jungkook menyembunyikan senyuman kemenangan nya.

Lalu aku merapat ke arahnya.

~~~

Author's

Dari dahi,
Ke bawah mata,
dan tepi bibir.

Lembut sahaja jari telunjuk Haraura menyapukan ubat pada luka Jungkook. Sesekali dia menggunakan jari kelingkingnya. Jungkook pula hanya memerhati sahaja wajah Haraura yang agak rapat dengannya itu. Dari dulu sampai sekarang dia baru perasan yang Haraura semakin cantik dan nampak matang sedikit.

Haraura jadi tak keruan apabila ditenung sebegitu rupa. Tapi dia abaikan dan tetap fokus menyapukan ubat di tepi bibir lelaki itu.

"Aku nak tanya."

Haraura memecahkan kesunyian antara mereka setelah selesai menyapu ubat di luka Jungkook.

"Apa?"

"Kau bergaduh dengan Daniel semalam?" Soal aku. Lama juga berdiam sdiri sebelum Jungkook kembali membuka mulut.

"Urmm, dia cuba buat benda tak elok dekat kau. Kau tahu tak kalau aku tak ada waktu tu, aku tak rasa yang kau masih dara sekarang ni Haraura." Bebel Jungkook yang dari semalam lagi berfikir pasal ni. Terkedu Haraura mendengar penjelasan Jungkook. Daniel kau memang jahanam.

"Kau buat aku risau tahu tak. Kalau terjadi apa apa dekat kau? aku nak jawab apa dekat Jimin hyung.. dan kau tak ada gunanya nak menyesal." Sambung Jungkook lagi. Perlahan air mata Haraura gugur. Bukan salah dia. Dia cuma nak selamatkan Jungkook.

"Maaf. Tapi aku buat semua ni sebab aku tak nak kehilangan kau Jungkook." Kata Haraura lalu beredar keluar dari situ.

Mereka buntu dengan perasaan masing-masing. Ego!




-- TBC --

✔︎ 𝖲𝖾𝖼𝗋𝖾𝗍 𝖡𝗈𝗇𝖽𝗌 | JJKWhere stories live. Discover now