SIMEON AND.....CHIHUAHUA?

398 51 0
                                    

DING DONG DING DONG!!!!!!

Jam utama RAD sudah berbunyi menandakan sesi pembelajaran telah tamat setelah hampir separuh hari mereka belajar di situ. Semua pelajar atau lebih tepatnya para demon mula mengemas barang-barang yang ada di meja belajar yang mereka duduki dan bersedia untuk pulang. Begitu juga bagi dua orang manusia yang sedang memasukkan barang-barang ke dalam beg

"(Y/N), aku pulang dulu ya? Jumpa kau lagi esok"kata Solomon dengan senyuman ramahnya. (Y/N) membalas senyuman Solomon sambil mengangguk kecil

"Jumpa esok Solomon. Bye"

Solomon pun berdiri lalu berjalan keluar. Kini tinggal lah (Y/N) dan beberapa orang demon yang belum pulang, dan di antara demon tersebut terdapat Mammon, Satan dan Lucifer.

"Hai (Y/N)"tegur seseorang. (Y/N) yang tadinya sedang fokus memastikan semua barangnya telah dimasukkan ke dalam beg berpaling dan terlihat ada seorang lelaki berbaju putih dengan kulit gelap tersenyum ke arahnya. (Y/N) berkerut hairan

"E-Em.. Hai.. "Jawab (Y/N) ragu. Senyuman ramah di wajah lelaki tan itu masih lagi terpampang dan kini dia sudah menghulurkan tangan untuk bersalaman

"Namaku Simeon. Aku adalah pelajar pertukaran dari Heaven Gate. Akhirnya aku dapat berbicara dengan mu (Y/N). Semoga kita dapat menjadi teman "ucap Simoen lagi, (Y/N) menyambut huluran lelaki tan itu lalu perlahan-lahan menunjukkan senyumannya

"Salam kenal Simeon. Aku (Y/FN), tapi kau boleh panggil aku (Y/N). Ya.. Sepertinya kau telah tahu nama ku. Tapi apapun, aku adalah pelajar pertukaran dari Dunia Manusia. Senang juga dapat berjumpa dengan mu Simeon"ucap (Y/N) pula

"Bagaimana hari pertama mu di RAD? Adakah menyenangkan? "Tanya Simeon yang masih lagi dengan wajah angelic nan ramahnya. Mendengarkan ucapan Simeon itu, memori pagi tadi kembali terlintas di mindanya dan itu membuatkan gadis manusia itu berasa kesal.

"Emm... Tidak juga"jawab (Y/N) tak semangat. Simeon yang melihat perubahan wajah gadis itu menaikkan sebelah alisnya

"Kenapa? Adakah ada sesuatu berlaku padamu pagi tadi? "Tanya Simeon khuatir. (Y/N) menggeleng kecil

"Tidak ada, semuanya baik-baik saja. Hanya.. Aku masih belum terbiasa dengan keadaan di Devildom ini"ucap (Y/N) sambil tersenyum kecil. Dia tidak mahu memberitahu Simeon tentang perkara pagi tadi kerana baginya itu sepertinya tidak patut dan mereka juga baru berjumpa. Simeon menganggukkan kepala tanda faham

"Begitu.. Pasti susah untuk menerima keadaan dirimu saat ini yang berbeza 360 darjah dari kehidupan asli mu bukan? Tak apa, lama-lama kau pasti akan terbiasa. Di sini mungkin kelihatan teruk dengan adanya para demon yang tidak seberapa ramah dan keadaan sekitar yang lebih kepada dark dan horor. Tetapi, tidak semuanya yang kita fikirkan itu benar. Jika kau cuba untuk menerima dan menikmati suasana sepanjang tempoh  kau berada di sini. Ianya sebenarnya menyenangkan"ucap Simeon panjang lebar. (Y/N) memandang Simeon seketika, ucapan yang diberikan oleh Simeon hampir sama dengan ucapan Solomon pagi tadi. Simeon yang menyedari gadis manusia itu terus menatapnya, dia pun tertawa kecil membuatkan lamunan gadis itu terbuar

"Jika kau memikirkan ucapan Solomon pagi tadi. Ya, itu kedengaran hampir sama kerana aku juga adalah orang yang memberikan ucapan itu kepadanya. Dan sepertinya dia menggunakan ucapan itu untuk menenangkan mu juga"ucap Simeon sambil tersenyum, (Y/N) dibuat terkejut dengan Simoen yang dapat membaca fikirannya

"Maaf membuatmu terkejut. Tapi aku hanya ingin mengingatkan bahawa aku adalah seorang Angel. Jadi aku dapat membaca isi hati dan fikiran manusia"

(Y/N) menepuk dahi bila mengingatkan bahawa Simeon dari Heaven Gate. Jadi sudah tentu dia adalah seorang malaikat dan membaca pemikiran seseorang itu sememangnya adalah salah satu kelebihan mereka

OBEY ME! (DEMON OR ANGEL OR HUMAN X READER!) -CLOSED UPDATE-Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang