PIRING HITAM

256 33 0
                                    

(Y/N) dan Mammon sedang berjalan di Lorong RAD menuju ke kelas mereka. Jika ditanya kenapa mereka boleh bejalan bersama? Jangan lupakan fakta bahawa Mammon sudah membuat Pact dengan gadis manusia itu, dan atas kerana Lucifer yang menyuruh mereka untuk tetap bersama dan Mammon yang perlu mengawasi (Y/N) sepanjang tempoh di RAD.

Walaupun Mammon seperti biasa selalu saja kesal dan bergumam tak jelas, tetapi (Y/N) menyedari bahawa Mammon mula sedikit lembut kepadanya. Bukan bermaksud Demon itu tidak pernah membuat (Y/N) berasa jengkel lagi, tetapi hanya saja. Mammon seperti mula tidak mengunakan kata-kata yang kasar kepadanya seperti sebelum nya.  (Y/N) yang menyedari itu berfikir bahawa mungkin kerana mereka sudah mempunyai ikatan, jadi Mammon terpaksa patuh kepadanya kerana tidak mahu perkara seperti sebelumnya berlaku lagi, dimana dia tidak dapat bergerak kerana (Y/N) mengatakan "Stay". Atau mungkin Mammon mula cuba terbuka kepadanya setelah kejadian itu? Entahlah. Tapi apapun alasan itu, (Y/N) berasa sangat gembira kerana pada akhirnya, hubungan dia dan Mammon mula mempunyai kemajuan dan dia berharap agar mereka benar-benar dapat berteman setelah ini.

"Ck...Boleh kau berjalan lebih cepat? Kaki ku rasanya ingin tercabut kerana menunggu mu yang berjalan seperti siput"dengus Mammon. (Y/N) yang mendengar keluh Mammon tertawa kecil, dia dapat melihat wajah cemberut Mammon yang tidak biasa dia tunjukkan

"Dasar manusia aneh. Kenapa kau ketawa, apa kau fikir ucapan ku adalah sebuah jenaka?! Cepat jalan atau aku tinggal! " Mammon pun berjalan lebih cepat, dan hal itu membuatkan (Y/N) mau tak mau cuba berjalan lebih laju agar langkah mereka sama.

"Mammon? "

"Ck. Apa?! "

"Boleh aku bertanya sesuatu? "

Mammon hanya mendengus bermaksud "ya". (Y/N) pun menarik nafas pelan sebelum mengutarakan soalannya.

"Mammon, apa kau tahu apa yang dapat mengalihkan perhatian Lucifer? "

Mendengarkan itu, Mammon terus berhenti melangkah dan memandang (Y/N) dengan tatapan terkejut.

"Lucifer? Kau bertanya apa yang dapat mengalih perhatian Lucifer? "Tanya Mammon ingin kepastian. (Y/N) mengangguk laju.

"Gila, apa yang membuat mu tiba-tiba bertanya perkara sebegitu kepadaku? Dan paling menakutkan lagi kau bertanya hal yang berkaitan Lucifer "

"Tidak ada, hanya saja aku ingin tahu"

Mammon memandang gadis mabudia itu dari atas sehingga kebawah

"Kau mencurigakan. Kau pasti ada menyorokkan sesuatu. Tidak mungkin kau akan bertanya hal itu kepadaku jika tiada apa-apa."

Mendengarkan itu, (Y/N) mula gugup sendiri. Dia sedaya upaya untuk tidak memikirkan apa-apa kerana khuatir Mammon akan membaca fikirannya. Jangan lupakan fakta bahawa mereka boleh membaca fikiran manusia kerana mereka adalah golongan Demon Teratas

"T-Tidak adalah, betul. Aku hanya ingin tahu saja"

Mammon masih memandang (Y/N) penuh kemusykilan. Dia meneliti (Y/N) dari atas sehingga ke bawah. Nafas (Y/N) seperti tertahan seketika, dia benar-benar takut jika Mammon dapat mengetahui apa yang sedang dia sembunyikan. Mammon mula menjauh semula dan matanya terus memandang ke arah (Y/N). Dan setelah itu

"Aku tak percaya, kau pasti menipu"

"Aku berkata benar Mammon! Aku tidak tipu"(Y/N) cuba meyakinkan Mammon

"Aku cuma ingin tahu kerana selama aku disini, aku selalu melihat Lucifer itu seperti seorang Demon yang sempurna. Dia sangat bagus terhadap banyak hal. Dan seperti tidak mempunyai kelemahan mahupun kekurangan. Jadi aku terfikir, apa ada sesuatu perkara yang dapat mengalihkan perhatiannya? Walau hanya sekejap? "

OBEY ME! (DEMON OR ANGEL OR HUMAN X READER!) -CLOSED UPDATE-Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang