DEMON SEMUA SAMA!!

324 47 1
                                    

(Y/N) berlari disepanjang lorong RAD untuk mengasingkan diri di tempat dimana tidak ada seorang Demon pun berada disitu. Air mata terus meluncur laju dari kelopak matanya, hatinya benar-benar sakit gara-gara ucapan yang dikatakan oleh Mammon sebentar tadi. Memori masa lalu saat dia masih berada di dunia manusia turut bermain semula difikirkannya, segala hal menyedihkan dan pilu yang selalu berlaku di dalam hidupnya membuatkan gadis malang itu semakin menangis kuat. Hati nya benar-benar sakit mengingatkan dirinya yang terus bernasib malang tidak kira dia berada di dunia manusia mahupun di dunia bawah tanah.

"Hiks... Hiks... " (Y/N) terus berlari tanpa menghiraukan tatapan aneh dari para Demon lainnya yang mulai berbisik. Gadis itu benar-benar sudah penat untuk menghadapi segalanya dan saat ini dia hanya mahu bersendirian

BUK!

Akibat berlari tanpa melihat ke arah hadapan, gadis itu tidak sengaja melanggar seseorang. Tanpa mendongak bagi melihat siapakah gerangan makhluk demon yang baru saja dilanggarnya, (Y/N) membongkok cepat dan meminta maaf lalu segera pergi dari situ

"M-Maaf, hiks.. A-aku tidak sengaja melanggar mu. Maafkan aku"

(Y/N) terus pergi tanpa menunggu balasan dari orang yang dilanggarnya, manakala orang atau Demon yang baru saja dilanggar sepertinya ingin berkata sesuatu tetapi membatalkan niatnya saat melihat gadis itu kelihatan seperti sedang menangis dan terus terburu-buru untuk pergi dari situ. Demon tersebut melihat tubuh (Y/N) yang semakin menjauh, wajahnya menunjukan wajah kerisauan

"Apa patut aku mengikutinya? "
.
.
.
.
.
.
SKIP

(Y/N) kini sedang duduk sambil memeluk lutut di salah satu bahagian koridor RAD yang jarang sekali digunakan oleh para pelajar disitu. Gadis itu sedang duduk disitu sambil menangis semahu-mahunya, meratapi nasib dirinya yang selalu saja malang dari dulu hinggalah sekarang.

"Hiks... Nenek.. Atuk... Hiks... (Y/N) mahu pulang. Hiks...(Y/N) hiks... (Y/N) gak mahu tinggal disini.. Hiks.. "ucapnya dengan suara yang bergetar

"Hiks.. Apa.. Hiks.. Apa nasibku emang ditakdirkan untuk hiks.. Untuk bernasib malang seumur hidup? Hiks.. Emangnya aku salah apa Tuhan.. Hiks.. Kenapa Engkau memberikan ku ujian sebegini rupa.. Hiks...Apa aku pernah berbuat dosa sehingga aku selalu saja ditimpa bala terus menerus? Hiks... Apa aku ini emang pembawa Sial seperti yang Mammon katakan? "

(Y/N) mengangkat sedikit wajahnya, dia memandang lurus dengan tatapan kosong. Hatinya benar-benar sakit, rasanya dia ingin hilang saja dari dunia ini daripada harus terus menerus menghadapi perkara-perkara yang akan terus melukai hati dan perasaannya. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba ada sebuah tangan yang menghulurkan sapu tangan berada di sisi wajah (Y/N).Gadis itu menoleh pelan lalu air matanya semakin mengalir keluar

"Hai Cik (Y/N), gunalah sapu tanganku untuk mengelap air matamu. "Ucap Barbatos ramah

"Barbatos.. Hiks.. Hiks.. Huweeee!!!! "

"E-Eh Cik (Y/N)! Cik (Y/N) kenapa?!!!"ucap Barbatos cemas saat gadis manusia itu terus menangis kuat dan tanpa sadar gadis itu turut memeluk Barbatos kuat. Hal itu membuatkan Demon itu terkejut untuk kali kedua

"Barbatos!! Huweee!!! Hiks!! Hiks!! Huweee!!!!"
.
.
.
"Oh jadi begitu"ucap Barbatos sambil mengangguk pelan setelah mendengar cerita dan luahan yang diucapkan oleh gadis manusia itu barusan. (Y/N)  yang masih senggugukan gara-gara banyak menangis hanya mengangguk pelan.

Keheningan pun memenuhi ruangan, tiada sesiapa yang ingin berbicara di antara Demon dan Manusia yag sedang duduk bersandar di dinding koridor RAD, masing-masing berdiam diri. Keheningan pun berlanjutan sehinggalah Barbatos yang bersuara semula

"Cik (Y/N), patik tahu bahawa Cik (Y/N) berfikir bahawa semua Demon disini adalah jahat. Tapi patik ingin katakan bahawa disini masih ada juga Demon yang mempunyai hati  nurani yang baik hati walaupun tidak sebaik manusia mahupun malaikat"

OBEY ME! (DEMON OR ANGEL OR HUMAN X READER!) -CLOSED UPDATE-Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang