Third person's POV
Lantas Hani membuka matanya dengan perlahan. Betapa terkejutnya dia apabila wajah Hyeongjun menghiasi pandangannya.
Mata Hani tidak lari sedikitpun dari memandang ke arah wajah Hyeongjun. Wajah mereka boleh dikatakan hanya berjarak 2 inci sahaja. Jantung Hani tidak berhenti mengepam darah dengan cepat.
"Seronok ke dapat tengok muka saya yang macam baby ni hurm?" Soal Hyeongjun apabila dia tersedar Hani tidak berhenti menatap wajahnya yang comel.
Hani tersentak seketika apabila Hyeongjun membuka bicara. Matanya pula dialihkan menatap tangannya yang melingkar di leher Hyeongjun.
Hyeongjun dengan tanpa rasa simpatinya melepaskan pegangannya pada badan Hani yang dari tadi mendukung Hani ala-ala bridal style.
"Auch ! Kenapa awak lepas ?! Sakit tahu tak !" Ujar Hani dengan nada yang tinggi sambil menggosok pinggulnya yang terasa sakit akibat ulah Hyeongjun.
"Tangan saya dah sakit nak dukung awak lama-lama. Dahlah berat. Wekk !" Hyeongjun menjelirkan lidahnya ke arah Hani.
Isak tangis seketika sayup-sayup kedengaran. Terlihat Hani yang sedang menutup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya.
Hyeongjun yang baru sahaja ingin pergi seketika tergamam apabila mendengarnya. Kepalanya ditoleh ke belakang untuk melihat keadaan Hani.
Hyeongjun dengan langkah keterpaksaannya menuju ke arah Hani yang sedang mencuba menghentikan tangisannya.
"Haih, cengeng." Hyeongjun menghulurkan tangannya untuk membantu Hani berdiri.
Namun, Hani yang melihatnya tidak menghiraukan pertolongan dari Hyeongjun. Dia terasa dengan perkataan yang dilontarkan oleh manusia yang berada di hadapannya. Dengan kudrat yang masih ada, dia cuba untuk bangun dan berdiri.
"Ya, saya cengeng. Memang cengeng. Kan?" Mata Hani mula memerah dan berair. Someone give her a lorry of tissue–
Hani mula melangkah meninggalkan Hyeongjun yang terpinga-pinga. Hyeongjun mula berasa menyesal apabila terlepas cakap.
Hani mencapai tote bag nya dan terus keluar dari perpustakaan itu. Namun, Hyeongjun sedikitpun tidak ingin mengejarnya dan hanya membiarkan Hani pergi.
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°
*
°📌 Bus stop
"Tch, aku tahulah aku ni cengeng. Dia pergi hempas badan aku ke lantai tu dah kenapa. Tak puas lagi hidup gamaknya." Gumam Hani kegeraman sambil mengusap perlahan bontotnya yang masih terasa sakit. Dalam kepala otaknya masih tidak berhenti memikirkan apakah nasib bontotnya. Adakah tulang nya retak? Fuh kalau tulang bontot dia retak seribu, nahas Hyeongjun dia kerjakan.
"Alamak. Lupa nak call eomma. Haish." Tanpa membuang masa, Hanu menyeluk tangannya ke dalam bag untuk mencari telefonnya. Apabila tangannya dapat mencapai telefon tersebut, Hani menarik keluar tangannya dan mula mendail nombor ibu nya.
'Hello eomma ! Hani dah balik ! Ambil cepat sikit tau !'
'Eh, kenapa awal sangat?'
'Hehe tak jadi balik lewat.'
'Eo. Tapi eomma tak janji nak ambil cepat sikit. Duduk diam-diam kat sana. Nanti eomma ambil.'
'Alaaa eomma ni ! Ambi–'
Tut tut tut..
'–lah cepat sikit...'
YOU ARE READING
Hug
Fanfiction"Pelukan itulah yang menyatukan kita" "Dalam masa yang sama, ia juga memisahkan kita"