Park Hani's POV
Hari ini merupakan hari Jumaat yang merupakan hari persekolahan. Aku bangun seawal 6:00 pagi. Aku segera bersiap untuk ke sekolah. Haih ! Malasnya. Nak je aku ponteng tapi aku sedar, diri ini terlalu bodoh untuk berbuat sedemikian. Huff !
Aku menuju ke bilik air yang bertempat di sebelah kananku. Aku masuk dan mengunci pintu. Kain tuala yang berlilitan di leher aku sangkut di tempat penyangkut.
Pintu bilik air ditutup rapat. Sampai sini je ! Jangan intai pulak !
Skip
Aku mula mengemas katilku yang berselerakan. Sebelum berangkat ke sekolah, perkara ini sudah menjadi rutin harian aku. Kalau aku tak buat memang kena persiapkanlah telinga ni mendengar leteran eommaku yang tercinta ahiuks.
Aku bingung seketika tatkala tiada suara yang sentiasa riuh di pagi hari. Ya, jeritan eonnie akulah yang membuatkan suasana di rumah ni riuh. Kenapa? Adalah tu hihi.
Aku menuju ke pintu bilik. Tombol pintu aku pegang dan pulas untuk membukanya. Aku mengeluarkan sedikit kepala di celahan pintu yang terbuka. Aku menjenguk keluar. Aik ! Dah kenapa sunyi semacam?
Segera aku keluar dari bilik. Aku turun ke tingkat bawah yang bertempatkan ruang tamu dan dapur. Destinasi aku adalah dapur.
Setibanya aku di ruang dapur, aku ternampak beberapa ketul manusia tengah cekik darah eh- tak tak diorang tengah makan huhu.
Dengan lajunya aku terjah mereka. Sampai hati tak ajak aku makan. Nak majuk ah camni !
"Eomma ! Sampai hati tak ajak Hani makan ! Majuk kang !"
"Lah dah bangun ke? Ingatkan terbongkang kat atas katil lagi dengan air liur basinya hihi."
Eyy eomma ni. Perlekehkan anak dia pula. Nasib baik sayang. Kalau tak dah lama aku balas. Eip eip jangan contohi.
"Dah lah ! Hani pergi dulu. Bye !"
"Laa eomma gurau je. Mari lah makan dulu. Alolololo anak manja eomma ni eyy."
"Nak muntah lah pula tengok drama tv1 depan mata." Eonnie melontarkan riak wajah yang meluat. Tak cukup dengan tu dia buat mimik muntah. Jeles cakaplah NGEHEK !
"Eleh, jeles cakap lah. Booooo!" Lidah aku tajam menjelir eonnie ku.
"Dah dah. Mari makan. Nanti lambat pula." Appa yang mendengarkan sahaja telatah kami bertiga mula membuka suara.
Aku segera duduk di kerusi meja makan untuk bersarapan. Aik ! Apahal licin semacam semua pinggan?
Baru aku sedar yang appa dah habiskan semua makanan tadi. Appa pun pergi dari meja makan.
"APPA !!!"
●
○
●
○
●
○
●
○
●
○📌Location : Seoul Highschool
Appa menghantar aku dan eonnie ku ke sekolah. Malasnya nak sekolah. Kenapa kita kena sekolah? Huhu. Benda yang paling aku tak suka ialah belajar. Yesh! Siapa sama dengan aku sila angkat kaki !
Aku mencium tangan appa aku sebelum keluar dari perut kereta. Kita kena jadi anak yang soleh atau solehah tau, barulah ilmu yang dituntut itu berkat ! Acieh.
Aku dan eonnie aku terus menuju ke pintu masuk. Eonnie aku berpesan,
"Belajar leklok. Jangan nakal nakal."
"Ayat sama je eonnie ulang setiap hari eh. Muak tau tak. Hani bukan budak tadika lagi." Aku mencebik. Siapa je yang tak cemberut bila kakak sendiri layan macam budak kecil. Tapi takpe, maknanya dia sayangkan aku hehe. Untung tau ada kakak macam ni.
YOU ARE READING
Hug
Fanfiction"Pelukan itulah yang menyatukan kita" "Dalam masa yang sama, ia juga memisahkan kita"