-',✎ 3

19 2 152
                                    

Park Hani's POV

Krekk !

Pintu usang tersebut terbuka luas menampakkan enam orang lelaki kacak. Di antara mereka, nampaknya ada seorang yang dibuli.

"Kalau kau tak bagi aku duit kau dalam masa 24 jam, kau tahulah apa yang akan jadi. So, get ready." Seseorang daripada mereka membuka suara.

"Korang buatlah apa yang korang nak dekat budak ni." Sambungnya lagi.

Dam terjadilah acara tinju meninju di situ. Mereka melayangkan beberapa penumbuk ke muka budak yang menjadi mangsa.

Aduhduhuh ! Auchie ! Mesti sakit !

Sebentar ! Patut ke aku jadi superwoman dan tolong budak tu? Tapi aku takut ! Ottokae?!

Hey anda di sana ! Kenapa tengok je ?! Help mehhh !

Ahhhh kisah apa aku ! Baik aku caww dulu-

Mereka masih tidak menyedari kehadiran aku di hadapan pintu. Seorang lelaki yang tadinya memeras budak malang itu tiba tiba mengalihkan pandangannya pada pintu di mana tempat aku berada. Wait ! Macam kenal je orang tu-

EH BUKAN KE DIA YANG AKU TERLANGGAR KAT CAFE SEKOLAH TADI ?!

AH DIA DAH PERASAN AKU ADA KAT SINI. LARIIIIII-

Aku terus beredar dari stor itu. Aku lari dengan sekuat tenaga yang ada. Aku menuju ke kelas aku. Huh ! Huh ! Tak jadi terus nak pergi tandas.










Aku melangkah kaki memasuki kelas. Aku berjalan menuju ke meja aku. Aku menghenyakkan punggung di atas kerusi.

"Sekejapnya..." ujar Sekyung perlahan. Aku hanya mengendahkannya dan menyambung kerja yang tergendala.

"Baiklah, saya ada mesyuarat sekarang ni. Saya akan keluar awal dan saya nak kamu semua ulang kaji topik yang saya dah beri. Faham?" Ujar Ssaem Lee sambil menyusun dan mengemas barang-barangnya.

"Nae !" Balas kami.

"Oh ya, semua guru ada mesyuarat sekarang, mungkin guru subjek seterusnya tak masuk." Sambungnya.

"Yeay !"

"........"

Semua orang menoleh ke arah empunya suara. Tatapan tajam diberikan kepadanya. Mampus lo !

"A-ah ehehehe." Classmate lelaki aku, Jihoon menundukkan kepalanya malu.

"Baiklah, saya akan keluar sekarang. Pengawas, sila mainkan peranan anda atau jawatan anda akan dilucutkan. Arra?" Ssaem Lee memberi pandangan maut kepada manusia dalam kelas ni yang mempunyai jawatan. Ya, termasuk aku. Huk.

"Dengar tu..." bisik Sekyung di telinga aku. Mphh ! Sindir aku lah tu !

"Nae !"

Ssaem Lee berjalan menuju ke pintu keluar. Ssaem Lee menghilang dari pandangan.

Semua makhluk dalam kelas buat hal masing-masing. Ada yang buat homework, main game, membawang, macam-macam lagilah !

"Hani, jom main Among us dengan diorang !" Ajak Sekyung.

"Kau jelah pergi. Aku ngantuk ah." Tolak aku secara halus. Bukannya tak mahu, tapi mengantuk sangat !

"Alaaa kenapa kau mengantuk?!" Tanya Sekyung. Ey budak ni.

"Macam lah kau tak kenal aku ni macam mana." Balas aku. Kepala aku dihenyakkan ke atas meja berlapikkan lenganku. Mata ku perlahan-lahan ditutup.

"Takpelah tanak main ah. Aku nak tidur juga." Tuturnya dan mula duduk di sebelah ku.

"Oii Hani ! Kau tu pengawas, kau nak jawatan kau kena lucut macam tu je ke?" Han Ji Hee menggerakkan sedikit tubuh badan Hani yang telah nyenyak ke alam mimpi.

Han Ji Hee atau panggilan mesranya Hee merupakan salah satu pengawas sekolah dan juga classmate Hani.

"Ish aku panggil Jihoon baru tahu." Ujar Hee lalu menuju ke meja murid yang bernama Park Jihoon.

"Uit Jihoon ! Kau tengok Hani tu, kang tak memasal jawatan kita kena lucut." Tutur Hee sambil menunjukkan ke arah Hani yang lena terbuai mimpi.

"Pastu kau nak aku buat apa?" Tanya Jihoon kepada Hee.

"Kau tolonglah bangunkan dia." Jawab Hee dan mengedipkan kedua dua mata indahnya kepada Jihoon.

"Huh, baiklah." Lantas Jihoon berjalan ke arah meja yang bertempatkan Hani.

Jihoon mendekatkan bibirnya ke telinga Hani dan...

"Hi babe, ni aku ex crush kau. Bangunlah baby...grr!" Kata Jihoon dengan cara berbisik.

Aku yang sedang lena dibuai mimpi kini merasakan bulu roma di seluruh tubuh badanku meremang selepas mendengar suara Jihoon yang lembut dan sexy uhhhh !

Mata aku terbuntang luas. Kepala aku segera diangkat. Aku berdehem. Kekok rasanya bila ex crush aku ada kat sebelah. Rasa tak boleh duduk diam.

"Ah bangun pun. Jangan tidur lagi yea sayang." Kata Jihoon dan tersenyum.

Zzup !

Berderau darah aku tatkala mendengar ucapannya. Aku tal salah dengar kan? Kenapa kau buat aku macam ni ! Kau buatkan aku susah nak move on ! Aku benci kau !

"Pft, joke. Jangan nak berangan sangat budak. Pergi buat kerja kau." Dahi aku dijentiknya. Senyuman sinis nya diberikan kepadaku sebelum dia menuju ke tempat duduknya.

Aku tercungap-cungap mencari oksigen. Huh! Kacau betul lah mamat acah cool tu.

Aku memerhati keadaan sekeliling. Semua orang buat hal sendiri. Ssaem Lee suruh ulang kaji. Tapi diorang...

Ah aku takut lah nak tegur diorang. Aku kan shy shy cat gitewww.

Ah peduli apa aku. Aku sebagai pengawas yang berwibawa mestilah memimpin mereka ke jalan yang benar !

"Korang ! Ssaem kan suruh ulang kaji ! Kajja ulang kaji sama sama !" Jerit aku. Semua manusia di sekitar aku mula memberi perhatian kepada ku.

"Okay, Hani !" Balas mereka semua serentak.

Inilah yang aku mahukan. Hiks hiks.

Kami semua mula membuka buku mata pelajaran Matematik untuk mengulang kaji.

Aku menjawab soalan matematik tersebut dengan tenang. Sekyung yang berada di sebelah ku mula membuka bicara.

"Ui Hani. Macam mana nak jawab soalan ni?" Soal nya sambil menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal.

Aku menoleh ke arahnya. Buku nya aku tarik sedikit untuk melihat soalan yang ditanya. Setelah itu, aku menjelaskan sedikit demi sedikit cara untuk menjawabnya.

"Ohhh okay dah faham !" Kata Sekyung bersemangat.

Aku meneruskan latihan ku. Buku itu aku belek untuk membuka muka surat yang seterusnya.

"Auch !"

To be continue______













HugWhere stories live. Discover now