-',✎ 4

12 1 132
                                    

Park Hani's POV

"Auch !"

Aku tersentak. Aku mengalihkan pandangan. Mata aku meliar mencari sang empunya suara. DARAH !

Aku yang tidak boleh langsung melihat darah langsung melarikan anak mata ku daripada melihat insiden tersebut.

"Kenapa dengan tangan kau?" Tanya Jina, tablemate Nayun.

"Takde apalah, sikit je ni. Terkena benda tajam. Aku pun tak sedar." Balas Nayun lalu mengambil sehelai tisu untuk menghentikan pendarahan.

Namun, seketul Park Jihoon tidak boleh berdiam diri. Diterjahnya tempat duduk Nayun. Jari Nayun dicapainya dan dihalakan ke bibirnya.

Bibirnya dimuncungkan untuk meniup jari Nayun yang terluka.

Nayun cukup terkejut dengan tindakan Jihoon. Tetapi, tidak dengan semua makhluk yang ada dalam kelas itu.

Semua orang tahu bahawa Jihoon sudah lama memendam perasaannya pada Nayun. Cuma, Nayun saja yang tidak sedar.

"A-apa awak ni." Nayun membuka suara. Jarinya ditarik semua daripada Jihoon. Nayun berasa kekok sekarang.

Sebenarnya Nayun anti dengan jantan-jantan. Dulu, aku pun sama macam Nayun tapi semenjak aku crush on Jihoon, sifat anti itu hilang serta merta. Magik bukan?

Haih. Aku cuma mampu melihat. Rasa broken sedih semua bercampur-aduk sekarang.

"Aku tau kau tak boleh move on lagi sebenarnya. Rilek sudah." Sekyung seakan tahu perasaan aku sekarang.

"Ish, siapa kata aku tak boleh? Aku dah lama move on. Lagipun jantan bukan seekor. Kita datang sekolah bukan semata-mata nak cari crush." Balas aku yang membuatkan Sekyung terdiam.

"Okay fine." Alololo merajuk lah tu. Elok sangat lah tu buat muka macam babun. Ingat muka dia comel sangat ke dengan hidungnya terangkat.

"Hehe." Itu sahaja yang keluar daripada mulut ku. Aku menggerakkan pen yang berada di tangan untuk sambung menulis yang sempat tergendala tadi. Aku hanya menghiraukan pasangan dua sejoli itu.

Skip

📌Bus stop

Huh, akhirnya ! Waktu ini lah yang aku tunggu-tunggu dari tadi. Waktu balik !

Mataku tertuju kepada tempat duduk yang kosong. Tanpa berlengah, tangan Sekyung segera aku tarik dan menuju ke tempat duduk kosong itu.

Kami menghenyakkan punggung di atas tempat duduk ini. Kepala ditoleh untuk melihat kereta parents kami.

"Okelah, eomma aku dah sampai. Byee !" Sekyung berdiri dan melambaikan tangannya pada ku.

"Alaa. Hurmm okay bye." Aku membalas lambaian Sekyung. Tidak lama setelah itu, bayangan Sekyung hilang dari pandangan.

Aku balik lambat sikit hari ni. Nasib aku lah ada eonnie yang balik lambat. Tak pasal-pasal aku pun terjerat sekali. Eomma kata alang alang eonnie balik lambat sikit daripada aku, baik aku tunggu je sekali. Tak payah lah eomma bersusah payah pick up dua kali.

Aku menilik jam tangan yang terlilit di pergelangan tanganku. Okay kau kena sabar Hani ! Sikit je lagi.

Sambil menunggu, aku memandang sekeliling. Cuaca panas harini membuatkan aku rasa nak pitam walaupun diri aku terlindung daripada cahaya matahari.

Ah, sakitnya kepala aku ! Aku mahu cepat-cepat pulang ke rumah dan terus berehat.

Seorang demi seorang beransur pergi dari bus stop. Nampak gayanya aku keseorangan. Huwaaa nak balik !

HugWhere stories live. Discover now