𝙿𝚛𝚘𝚕𝚘𝚐 🥀

30 6 0
                                    

Hai selamat datang untuk yang baca buku ni. Salam perkenalan. Nama sebenar aku Ameliya and kebiasaannya orang panggil aku Moya. Kenapa Moya? Adelahh heheheh..

Mungkin korang yang baca cerita ada kaitan dengan Trikotilomania and mungkin ada yang saje nak tahuu. Jadi kepada korang yang tak tahu, Trikotilomania (trichotillomania) ni merupakan satu penyakit mental disorder. Trikotilomania sebenarnya sikap seseorang tu yang suka tarik rambut. Kami akan cabut rambut dan benda tu jadikan beberapa kawasan di kepala kitaorang nampak botak dan bila tengok cermin, hanya kawasan tertentu sahaja yang ada rambut.

Aku selalunya tarik bahagian atas kepala dan sekarang rambut belah atas aku ada sikit je dan ada bahagian yang jelas nampak kulit kepala. Rambut aku lebat tapi hanya belah atas kepala kekurangan rambut. Dari apa yang aku Google, kebanyakan yang menghidap penyakit Trikotilomania adalah perempuan dan hanya 1% hingga 2% orang yang alami sakit ni.

"Best ke cabut rambut?,
"Kenapa tarik rambut? Rambut kan mahkota kita untuk perempuan".

Aku tahu, mesti ada yang akan cakap macam ni. Aku alami benda ni dari aku darjah 4. Sangat malu. Malu yang tak terkata. Okaylah aku tak nak cerita semuanya dekat sini, so jom tengok apa hari-hari yang pesakit Trikotilomania macam aku kena hadap.

TrikotilomaniaWhere stories live. Discover now