"Kenapa kau bawa aku kat rooftop ni? Tengah tengah malam macam ni? " soal Ara sebaik sahaja pintu rooftop ditutup.
Jeno menudingkan jarinya ke arah kawasan yang berada di hujung rooftop. "Spot paling best bila stargazing. "
"Jadi, tujuan kita ke sini untuk stargazing? " soal Ara polos.
Jeno mengangguk, lantas dia menarik lengan Ara menuju ke kawasan tersebut.
Jeno membaringkan dirinya di atas lantai rooftop itu dengan selamba. Melihat Jeno yang sedang berbaring, Ara hanya mengikut dan berbaring di sebelah Jeno.
"Wah, bintang. Banyaknya. " ujar Ara takjub. Matanya tidak lepas memandang setiap butir bintang di langit.
"Ra. " panggil Jeno, membuatkan dia menoleh ke arah Jeno sekilas.
"Jangaj bencikan aku. " ucapnya tiba-tiba. Ara mengerutkan dahinya pelik.
"Dah kenapa aku nak bencikan kau pula? "
"Kau percayakan aku, kan? " Jeno tidak menjawab pertanyaan Ara tadi, matanya kini menatap mata milik Ara, dalam.
"Percaya, Jeno. Aku percaya kau tak akan buat benda yang bukan-bukan, macam khianat aku ke. " balas Ara.
Jeno meraih tangan Ara, mengenggamnya dengan erat. "Mian. "
Namun suaranya sangat perlahan dan tidak didengari oleh Ara yang sedang leka memandang langit.
Dia suruh aku percayakan dia, tapi macam mana aku nak percaya kalau dia buat semua ni?
YOU ARE READING
wistful. ljn
Fanfictionꜱᴇᴍᴜᴀɴʏᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ᴛᴇʀʟᴀᴍʙᴀᴛ, ᴛɪᴀᴅᴀ ɢᴜɴᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴʏᴇꜱᴀʟ. ᴀ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꜱʜᴏʀᴛ ꜱᴛᴏʀʏ, 2021