Setelah semua orang pulang dari pusara Ara, Jeno seorang diri pergi ke pusara milik Ara.
Berpakaian serba hitam, dia melangkah mendekati pusara itu. Air matanya bergenang sekali lagi.
"Ara... Aku rindukan kau. " dia melutut di hadapan pusara itu.
"Minta maaf, aku memang lelaki jahat. Tapi aku nak ceritakan pada kau yang mana aku tak sempatcerita kat kau semalam. "
"Pada mulanya aku jadikan kau yeojachingu aku, hanya untuk aku lepaskan bosan sebab Kyumin kat luar negara. "
"Tapi, masetu aku dapat tahu Kyumin tidur dengan lelaki sembarangan dekat Australia, dan itu membuatkan aku stop hubungan aku dan dia untuk sementara waktu. "
"Tapi lama-lama aku dah lupakan dia, dan kau menjadi pengganti baru. Jujur, kau buat aku gembira lebih dari yang Kyumin buat. Dan lama-kelamaan, aku sedar yang aku dah terlanjur sukakan kau, bukan setakat suka. Aku sayangkan kau. " Jeno mengelap air matanya yang turun tidak henti.
"Aku fikir, kau dan aku boleh bahagia selama-lamanya, tapi bila Kyumin kembali ke Korea semula dan dia cari aku, aku frust. Tambahan aku dipaksa eomma dan appa aku untuk jemput dia ke sekolah, buatkan aku lagi rasa sakit hati. "
"Kyumin cuba nak baiki hubungan kitorang, tapi aku tak nak. Aku nak tamatkan hubungan aku dan dia, sebab hati aku dah berpindah pada kau, Ara. Bukan Kyumin lagi. "
"Tapi, Kyumin degil. Dia yang cium aku dulu, dan aku tak sangka kau nampak. Jaemin ceritakan kat aku, dan aku rasa sangat bodoh sebab perempuan tu. "
"Mianhae, Ara. Aku bukan tak nak cari kau kat sekolah, tapi aku takut nak jumpa kau. Aku tak nak kau terluka bila tahu semuanya, namun dah terlambat. Kau dah tahu semuanya. "
"Dan kata-kata terakhir kau adalah, kau bencikan aku. Sedangkan aku pernah kata kat kau, jangan bencikan aku. Tapi, aku layak terima semua ni. Aku layak dibenci kau. "
Jeno menundukkan kepalanya, matanya kian memerah akibat tangisannya. "J-Jungwoo hyung marah sangat kat aku. Aku dah janji pada dia yang aku akan jaga kau, bahagiakan kau. "
"Tapi akulah yang sakitkan hati kau, buat kau terluka dan punca kau accident tempoh hari. " dia menangis teresak-esak di hadapan pusara milik Ara.
"Semuanya sudah terlambat, Ara. Tiada guna untuk menyesal. " dia mengetap bibir bawahnya perlahan.
"Tapi percayalah, kau perempuan pertama yang buat aku gembira bila disisi kau. Ra, semua memori indah yang kita pernah buat, akan aku ingat sampai bila-bila sebab... "
"You meant a lot to me. Aku tak boleh nak lupakan kau, Ra. "
"Aku tak pernah cakap aku sayangkan kau depan depan. Aku menyesal sangat. Aku nak kau tahu yang aku sayangkan, cintakan kau sangat-sangat. Terima kasih sebab pernah bahagiakan aku, Ra. "
Dia bangun, mengelap sisa air matanya. "Selamat tinggal, Ra. Semoga kau berbahagia di sana. "
THE END.Fuh reciks. Aku menangis sikit ah time taip ni, tapi tak tahulah kalau korang nangis ke x hoho.
Vote and comment juseyo heho kesian lah daku :(
Terima kasih sebab sudi baca cerita merepek ni. <33
Byee~
YOU ARE READING
wistful. ljn
Fanfictionꜱᴇᴍᴜᴀɴʏᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ᴛᴇʀʟᴀᴍʙᴀᴛ, ᴛɪᴀᴅᴀ ɢᴜɴᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴʏᴇꜱᴀʟ. ᴀ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꜱʜᴏʀᴛ ꜱᴛᴏʀʏ, 2021