Hari ketiga dia menjauhi Jeno, dan mungkin melupakan Jeno.
Jeno pula seperti tidak mencarinya, mungkin sibuk dengan Kyumin.
Siapalah dirinya yang dianggap mainan kedua oleh Lee Jeno?
Ara juga memblock nombor telefon Jeno, sengaja dia tak nak menerima apa-apa mesej daripada Jeno.
Apa yang rakan sekelasnya bising berborak pasal Kyumin tempoh hari, mereka maksudkan boyfriend yang sudah lama tunggu ketibaannya adalah Lee Jeno?
Ara mengetap bibirnya perlahan, cuba untuk kawal emosinya. Dia bangun dari duduknya dan terus keluar dari kelas, menuju ke tandas.
Dalam perjalanan menuju ke tandas, dia terserempak lagi dengan mereka, Lee Jeno dan Seo Kyumin.
Dan mereka berciuman, sekali lagi. Di hadapan matanya.
"Kau gila ke Seo Kyumin?! " jerit Jeno, menolak tubuh Kyumin jauh darinya. Dia menoleh tepi dan melihat Ara berdiri tidak jauh dari mereka.
Ekspresi wajahnya berubah serta merta menjadi pucat.
"Ra... " panggilnya lirih, namun Ara cepat-cepat berlari dari situ.
"Ara! Kim Ara! "
"Sudahlah Lee Jeno! Kau memang lelaki tak guna! Kau dah sakitkan hati aku, sekarang kau khianat Kim Ara! Kau memang tak fikir perasaan perempuan! "
Tuhan... Aku tidak tahan. Aku mahu menamatkan semua ini.
YOU ARE READING
wistful. ljn
Fanficꜱᴇᴍᴜᴀɴʏᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ᴛᴇʀʟᴀᴍʙᴀᴛ, ᴛɪᴀᴅᴀ ɢᴜɴᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴʏᴇꜱᴀʟ. ᴀ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꜱʜᴏʀᴛ ꜱᴛᴏʀʏ, 2021