Jungwoo berlari menuju ke wad kecemasan, hanya untuk melihat Jeno yang berada di hadapan wad itu dengan baju yang penuh dengan darah.
Jeno memandang Jungwoo yang baru tiba dengan pandangan sedih. "H-hyung-"
Bukk!!
Jungwoo menumbuk muka Jeno, membuatkan dia terjatuh ke atas lantai.
Jungwoo menarik kolar bajunya dan menatap Jeno yang seperti sudah hilang kewarasannya.
"Apa kau dah buat kat adik aku, Lee Jeno?! " bentaknya kasar, masih tidak dapat menerima kenyataan.
Jeno menundukkan wajahnya, menangis sekali lagi. "M-Mianhae... "
Jungwoo menolak lidahnya ke tepi bahagian dalam mulutnya. "Aku percaya kau. Aku percaya kau dapat bahagiakan Ara. "
"Tapi kau yang buat dia terluka, Jeno. "
Jeno tidak menjawab, dia menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"A-Aku minta maaf-"
"Dah terlambat Jeno. Semuanya dah terlambat. Kau dah hilangkan kepercayaan aku pada kau, aku tak sangka kau sanggup buat macam ni dekat Ara. " desis Jungwoo, menolak tubuh Jeno menjauhinya.
Pintu wad kecemasan dibuka, memperlihatkan doktor sedang berjalan keluar dengan reaksi muka yang sayu.
"Kami minta maaf, kami tak dapat selamatkan mangsa kemalangan. " kata-kata doktor itu membuatkan mereka berdua memejamkan mata mereka.
"Ara... " Jungwoo akhirnya meenangis, meratapi satu-satunya adik perempuannya yang sudah pergi meninggalkannya.
"Kami akan uruskan mayat mangsa dan akan dikebumikan esok. Kami akan maklumkan kepada encik nanti. Harap encik bertabah dengan kematiannya. " doktro tersebut menepuk bahu Jungwoo sekilas, kemudian meminta diri untuk pergi.
Jungwoo masih tidak percaya, ini semua berlaku dengan sangat cepat. Baru sahaja dia berbual dengan Ara semalam, kini dia sudah kehilangannya.
"Ini semua salah kau Jeno, aku hilang satu-satunya adik aku! " tengking Jungwoo.
Jeno dari tadi memang sudah menangis, dia mengepal tumbukannya.
"Aku tak akan maafkan kau. " itu kata-kata terakhir Jungwoo dan dia terus beredar meninggalkan Jeno sendirian.
"Ra.... M-mianhae.... " Jeno bersandar di dinding, cuba untuk menyeimbangkan dirinya.
"Ra... Aku lelaki tak guna. "
"Memang patut kau tinggalkan aku, sebab aku dah sakitkan hati kau. "
"M-maaf... " dia teresak sekali lagi, tidak dapat menerima kenyataan.
YOU ARE READING
wistful. ljn
Fanfictionꜱᴇᴍᴜᴀɴʏᴀ ꜱᴜᴅᴀʜ ᴛᴇʀʟᴀᴍʙᴀᴛ, ᴛɪᴀᴅᴀ ɢᴜɴᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴʏᴇꜱᴀʟ. ᴀ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꜱʜᴏʀᴛ ꜱᴛᴏʀʏ, 2021