B.B.M : 47 (LAST)

5.1K 217 34
                                    

Ready? Jangan sedih tau!🙆❤

××××××××××××××××

"Nabila!"jerit Puan Mia kuat.

Syirah tersentak. Perut nya ditekup kuat. Darah semakin banyak mengalir keluar dari perutnya itu membuatkan tangannya menggigil ketakutan. Purdah nya jugak sudah basah dengan darah yang keluar dari mulutnya.

Dia terjatuh terduduk di situ. Darah Syirah membasahi lantai ruangan itu.

"B-bie... where are you..."

"Ya Allah Nabila sayang! Sabar... bertahan please... kejap lagi ambulance sampai sayang..."pujuk Puan Mia.

"Chris! Tangkap anjing gila tu! Jangan bagi dia terlepas!"arah Tuan Deniell kuat.

Puan Mia yang memangku menantu nya itu sudah menggigil ketakutan.

"Ma-mama... I wa-want m-my husban-d pl-please..."rayu Syirah perlahan. Air mata nya sudah mengalir deras.

'Ya Allah aku banyak dosa dengan suami ku Ya Tuhan... jangan lah kau tarik nyawa ku sebelum aku sempat meminta keampunan dari nya Ya Tuhan... aku mohon Ya Allah...'

"Ya sayang... Insya-Allah Mikael sempat datang... please bertahan..."

"Ma-mama kalau ja-jadi apa-apa plea-se selamatkan b-baby Syirah..."dengan kepayahan Syirah menuturkan ayat nya.

"No! Both of you akan selamat! Jangan nak merepek. Now awak simpan tenaga tu. Bertahan ya sayang..."Puan Mia mengusap lembut pipi Syirah. Cuba menyalurkan sedikit kekuatan buat menantu nya.

"Syirah sayang. Hey! Dengar cakap papa ni, tolong kuat untuk Mikael dan Asyaf ye sayang... Syirah dah janji nak jadi isteri yang terbaik untuk Mikael dan mummy yang terbaik untuk Asyaf. Jadi Syirah kena kuat. Papa tahu anak papa kuat, right ! Ambulance dah sampai jadi now kita bawa Syirah pergi hospital dulu. Tolong kuat ya sayang... papa merayu..."ubun-ubun Syirah yang berlapik tudung itu dikucup lembut sebelum para medic membawa menantu nya pergi ke hospital. Bahu isteri nya dipeluk kuat.

'Ya Allah kau permudahkan la segalanya Ya Allah... semoga cucu dan menantu ku selamat Ya Allah'

(ˢᵏⁱᵖ)

Mikael meramas kedua tangannya. Sejak sampai di Malaysia dia terus bergerak ke hospital di mana Syirah berada.

Sudah 3 jam berlalu namun masih tiada tanda doktor yang merawat Syirah akan keluar.

"Sabar bro. Duduk dulu. Insya-Allah Syirah akan selamat"kata Syed Luth Zulfaqar.

"Macam mana aku nak sabar! Bini dengan anak aku dalam tu tengah bertarung nyawa dalam tu, Luth..."

"Insya-Allah semua nya akan selamat"pujuk Luth lagi.

"Mikael! Bila awak sampai?"soal Puan Mia laju. Dia memeluk erat badan anak lelaki nya itu.

"4 hours ago"jawab Mikael ringkas.

"Mika okey?"soal Tuan Deniell lembut. Bahu anak lelaki nya dipegang.

"Kalau Mikael cepat sampai semua ni tak kan jadi kan Papa? Semua ni salah Mikael."rintih Mikael. Mata kembali berkaca.

"Mikael apa yang jadi ni semua ketentuan Ilahi. Insya-Allah Syirah akan selamat. Papa tahu anak perempuan papa kuat"

"Thanks Papa... thanks mama"ucap Mikael. Tubuh Tuan Deniell dan Puan Mia didakap erat.

"Mikael"panggil Doktor Camelia.

"Auntie how's my wife?"soal Mikael laju. Wajah penat Doktor Camelia ditenung. Mengharapkan jawapan yang baik-baik sahaja.

"Me and my team have try our best. But I'am sorry..."

(ˢᵏⁱᵖ)

Cuaca yang mendung itu seakan-akan turut memahami perasaan sedih Tuan Danish Mikael.

Air mata yang dari tadi mengalir dibiarkan sahaja jatuh menyembah bumi.

Allah, berat nya ujian mu.

Kubur yang menempatkan isteri dan anak nya itu dipandang sayu.

Apa lagi yang dia mampu buat? Dia harus redha dengan ketentuan Ilahi.

"Along ... jom balik..."Darwia menarik lembut tangan abang sulung nya itu.

"Kenapa dia tinggalkan along, Wia? Dia dah janji nak sehidup semati dengan along... dia dah janji nak jaga along... dia janji nak jaga anak kita orang sama-sama. Tapi kenapa dia tinggalkan Along? Along sayang dia Wia... Syirah dunia Along ..."rintih Mikael. Air mata semakin deras mengalir. Dada nya terasa sangat sakit. 'Ya allah... aku rindu dia ya tuhan... aku perlu dia...'

"Along... apa yang jadi semua bersebab. Along kena redha... mungkin kehadiran Syirah hanya untuk memberi kebahagian yang sementara dan sembuhkan penyakit Along sahaja... Insya-Allah akan ada bahagia untuk Along..."

Dia tahu Mikael sekarang bukan lah Tuan Danish Mikael yang diagungkan dunia. Mikael yang ada bersama nya sekarang hanya lah seorang lelaki yang sangat rapuh.

"Kejap lagi Along balik ya... Darwia nak kena balik hospital dengan Luth ni... Wia balik dulu ya..."

Darwia mengusap lembut batu nisan yang terukir nama kakak ipar dan anak buah nya.

Nur Syahirah Nabila Binti Mohd Firdaus.

Tuan Asyaf Mikael Bin Tuan Danish Mikael.

'Aku sayang kau Syirah... kau sahabat dan kakak yang paling aku sayang... semoga kau tenang ya... aku balik dulu...'

Mikael hanya memerhati pergerakan adik nya.

Hati nya terasa sunyi. Kosong.

"Sayang... Bie halalkan segalanya. Terima kasih sebab sayang sudi jadi isteri Bie... terima kasih sebab bertahan hingga ke akhir nya... Terima kasih sebab sudi terima kekurangan Bie... Insya-Allah kita jumpa di sana ya. Tunggu Bie..."

-TAMAT-

*Alhamdulillah dengan ini BABYGURL MR.MAFIA OFFICIALLY MELABUHKAN TIRAINYA.



TM | | BabyGurl Mr.Mafia - C -Where stories live. Discover now