Hari ini sudah masuk hari ke-6 Syirah ditahan di hospital itu. Dan hari ini jugaklah sudah masuk hari ke-4 Mikael tidak putus memujuk sang isteri. Namun Nur Syahirah Nabila tetap lagi dengan mood perang nya. Haih
"Makan la sikit."Mikael menyuakan sudu berisi bubur ayam itu kepada Syirah.
Namun Syirah membalas dengan gelengan. Rambutnya cuba disanggul namun tetap gagal! 'Ugh boleh tak kau jangan buat hal dekat sini!'desis hati nya.
Mikael menggeleng. "Meh aku ikatkan"getah rambut digigit lalu tangannya lincah mengikat sanggul pada kepala isterinya.
"Okey done!"Mikael tersenyum dengan hasil ikatan nya. Kemas dan cantik!
'Thank you Bie'namun tidak terluah di mulut. Masih lagi dalam mood perang dan silent treatment.
"Welkies sayang"Mikael tersenyum manis. Terserlah dimple yang hanya tertanam di belah kiri pipinya.
Syirah menarik muka. Pintu bilik ward yang terbuka menarik perhatian suami isteri itu. Kelihatan Doktor Camelia bersama kot doktor nya menghampiri katil Syirah.
"Syirah dah makan?"soal Doktor Camelia lembut.
Syirah tersenyum manis. Hilang sudah cemberut di wajah nya sebentar tadi.
"Dah!"jawab Syirah ceria. Mikael didepan mata diabaikan. Tangan aktif mengusap baby bump nya.
"Baby sihat tak?"soal Doktor Camelia lembut. Bibirnya mengukir senyuman. Bukan dia tidak perasan muka Mikael yang sudah bertukar menjadi jeruk dalam botol itu. Masam mencuka!
"Sihat alhamdullilah. Aunty sihat tak? Dah makan tak?"
Doktor Camelia tertawa kecil.
"Aunty, bawa Syirah jalan-jalan boleh? Syirah bosan la duduk 'sorang-sorang' dalam ward ni"Syirah menekan perkataan sorang-sorang itu.
"Boleh sayang. Meh tangan tu aunty papah"tangan Syirah dipegang Camelia.
Mikael yang berada di bilik itu terasa seperti tidak wujud. Haih. Nak pujuk macam mana lagi? Dah banyak cara dia cuba namun semua nya tak jalan.
Syirah dan Camelia melangkah keluar dari ward itu meninggalkan Mikael seorang diri di situ.
Selang beberapa minit kemudian telephone Mikael berdering. Nama Aunty Camelia yang tertera diphone nya terus diangkat.
"Hello, why Aunty?"soal Mikael pelik. Baru berapa minit keluar dah call? Pelik.
"Boleh datang taman tak? Jaga Syirah. Aunty ada emergency call ni."
"Ahhh boleh! Mika turun sekarang"
"Oh and please pujuk Syirah. I know she miss you so much"
Mikael hanya mengukir senyuman kecil.
"I will Aunty"
SYIRAH sedang duduk dibangku taman itu diperhatikan. Kini tubuh genit itu hanya dibaluti baju pesakit.
Wajah Syirah yang ditutupi face mask itu dipandang. Sampai bila mereka nak bertegang muka begini? Dia rindu Syirah yang manja. Dia rindu masa mereka bersama. Mikael menapak kearah isterinya.
"Hey"sapa Mikael lembut. Tangan Syirah diambil dan digenggam namun hanya sekejap sahaja apabila Syirah bertindak menarik kembali tangannya.
"Awak masih marah lagi ke?"soal Mikael lembut. Hilang sudah 'kau-aku' yang biasa nya meniti di bibirnya.
Mikael mengeluh apabila tiada sebarang jawapan dari isterinya.
"Memang dah tiada peluang kedua untuk saya?"
YOU ARE READING
TM | | BabyGurl Mr.Mafia - C -
Acción1th Masterpiece Under The Mafia series Tuan Danish Mikael || Nur Syahirah Nabila Status || COMPLETE Start || 15 SEPTEMBER 2020 End || 6 MARCH 2021 Pretty cover from this lovely girll ! - @nurflwr