BAB 1

2.5K 41 0
                                    

Anis terkocoh-kocoh keluar daripada kereta Myvi miliknya. Dia hampir terlewat untuk bertemu dengan seseorang bagi meneruskan sesi kaunselingnya. Selalu dia akan membuat sesi kaunseling di dalam pejabatnya. Tetapi pagi ini, dia cuba mengubah angin dengan bertemu di taman. Dia akhirnya menjumpai dua susuk lelaki yang sedang duduk di bangku taman. Lalu dia segera menegur.

" Maafkan saya Lukman, Amirul." Ucap Anis dengan nafas yang termengah-mengah. " Tak apa. Lagipun ..." Tidak sempat Lukman menghabiskan ayatnya Amirul lantas menjawab. " Tak payah nak bagi alasan yang kita ni baru sampai.Cik Anis, sejujurnya kami dah tunggu sini lama jugaklah. Elok-elok dekat pejabat nak jumpa, nak keluar jugak. Konon nak ambik angin." Jawab Amirul dengan menekankan perkataan cik tanpa memikirkan perasaan Anis. Anis hanya diam kerana dia sudah lama berkhidmat untuk Amirul kerana permintaan dari keluarga Amirul terutama neneknya.

" Wahai Syed Amirul Hakim, ikutkan hati aku ni, kepala kau tu aku rendamkan dalam tasik tu." Ayat itu hanya didalam hati sahaja. Gila apa kalau cakap betul-betul. Tunang Amirul melarikan diri tanpa alasan. Perginya entah kemana. Mulalah kehidupan Amirul seperti mayat hidup. Kerja di syarikat diserahkan kepada Lukman. Tambahan lagi, Lukman merupakan sahabat dari kecil dan dia dibesarkan seperti anak kandung oleh Syed Aiman, bapa kepada Amirul.

" Mirul, tolong jangan besarkan masalah yang kecil." Ucap Lukman dengan perlahan kepada Amirul. Amirul dan Lukman memiliki tinggi yang sama, kulit berwarna putih dan badan mereka tegap, tetapi Amirul dapat dilihat lebih berbanding Lukman. Amirul pergi berjalan k eke arah tasik. " Mirul !!" Panggil Lukman. "Lukman, biarkan dia. Orang macam dia tak boleh lawan. Keadaan emosi dia masih tak stabil walaupun dah setahun semua tu berlalu." Panjang lebar Anis menerangkan hal itu. "Nah, sandwich untuk awak." Anis menghulurkan sandwich kepada Lukman. "Terima kasih." Tetapi bukan Lukman yang berterima kasih. Ternyata Amirul yang telah menyambar sandwich itu. Lukman mengawal riak wajahnya yang tidak selesa dengan sikap Amirul itu. Amirul menayangkan muka selamba sambil menyuap sandwich itu ke dalam mulutnya.

" Masuk air. Aku nak rawat orang bermasalah, aku yang bermasalah. Gila jugak aku ni karang." Bisik hati Anis. Lukman hanya mendiamkan diri sahaja melihat perangai sahabatnya. Jika hendak dimarah, tentu-tentulah sahabatnya ini makin teruk. Ini pun sudah semakin pulih. Dulu, memang Amirul langsung tidak menjamah apa-apa untuk dimakan. Hanya air sahaja yang mengisi perutnya. " Awak, nah!! " Pelawa Anis sambil menghulurkan sandwich yang baru dibuat. Lukman mencapainya dengan segera, takut disambar orang lagi. " Thanks. " Ucap Lukman ringkas.

" Dahlah, cepat. Apa kau punya nasihat lagi." Tutur Amirul dengan nada kurang senang. Anis hanya mampu bersabar. Sebelum memulakan sesi tersebut, Anis sempat memberikan senyuman kepada Lukman sebagai tanda hormat. Amirul hanya mencebik. " Menyampah !! " Jerit hati Amirul.

Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now