BAB 18

680 18 0
                                    

Anis di ruang tamu menunggu Lukman yang sedang mengangkat beg baju ke dalam kereta. Hendak ditolong, Lukman menolak. Terubat rindunya pada Puan Fatimah, ibunya apabila berbual lama semalam di dalam panggilan.

" Anis, tengok-tengokkanlah perangai anak umi ni. Bukan boleh percaya sangat. Umi dulu hidup susah dengan abah.Ada masalah kewangan dalam syarikat. Sebab tu dia tinggal dengan keluarga Amirul. Nasib baik dia faham kami ni dulu macammana. Lukman tu baik dan sebab tulah umi risau sangat. Anis, nanti ada masa datanglah sini lagi." Ucap Puan Amirah.

" Umi jangan risau, ya. Kalau dia buat bukan-bukan, saya piatkan telinga dia ni.Umi kalau kami ni tak datang sini, umi tunggu je panggilan kami." Ucap Anis. Ketika itu mereka sudah berada di depan pintu.

" Lukman, jaga Anis elok-elok. Bagi kasih sayang. Ingat kamu tu ada tanggungjawab lain dah sekarang. Suruh kerja dengan abah, tak nak. Nak berdikari sangat. Jangan hadap kerja je." Bebel Puan Amirah.

" Umi, tentu-tentulah bila dah jaga elok-elok tu kita sayang. Umi, jangan risau.Sampai masa, saya take over company abah." Jawab Lukman

" Betul tu. Dahlah. Macam jauh sangat je nak perginya anak awak tu." Ujar Encik Ahmad.

" Pergi dulu ya, Assalammualaikum." Pamit Lukman lalu menyalami kedua-dua orang tuanya. Anis juga begitu.

" Waalaikumussalam." Jawab mereka hampir serentak.

************

" Abang. Tak rasa ke kita duduk rumah umi dengan abah sekejap sangat." Ucap Anis.

" Ikutkan nak lama lagi. Tapi sayang tahukan abang start kerja hari rabu ni. Kita nak kemas rumah lagi. tapi, sebelum tu, singgahlah rumah ibu dengan ayah. Barulah adil. Isnin kita balik rumah kita. Banyak benda nak kena buat dekat rumah kita. Sorry ya sebab abang tak boleh bawa sayang pergi honeymoon. Banyak income project. Tapi abang akan pastikan sayang macam dalam mood honeymoon dan sentiasa dalam mood honeymoon." Panjang lebar Lukman berbicara.

" Kita nak balik rumah ibu rupanya. Macam tahu-tahu je yang saya ni rindukan ibu. By the way, sayang. Saya tak kisah pun kita ni pergi honeymoon ke tak. Asalkan awak ada dengan saya dah cukup." Balas Anis.

" Mestilah abang akan sentiasa ada untuk sayang. Tak sangkakan. Ayat-ayat kita ni jiwang jugak. Hahaha. " Ucap Lukman. Anis juga tidak menyangka mulutnya sendiri mengeluarkan ayat-ayat sebegitu. Anis menepuk lengan Lukman. Lukman pula mengenyitkan sebelah matanya lalu memakai kaca mata hitam yang berada di dashboard keretanya. Anis terus melihat pemandangan luar.

************

" Hello. Dengar ni. Saya terima lamaran awak yang tak seberapa tu.." Ucap Alaisha pendek lalu mematikan panggilannya. Dia terus berbaring di atas tilamnya. Hari minggunya hanya dihabiskan dengan merehatkan minda. Dia perlu bersiap dari segi mental terutamanya berhadapan dengan Naufal, majikannya juga.

" Argh !!! " Jerit Alaisha melepaskan geram.

************

Naufal hanya terdiam mendengar jawapan itu. Dia perlu barkahwin supaya dia akan lebih bertanggungjawab terhadap isterinya kelak dan melupakan Anis sekaligus menghalang Alaisha dari melakukan perkara buruk terhadap Anis. Dia sudah tahu latar belakang Alaisha.

" Aku takut kau bertindak di luar kewarasan akal kau, Alaisha. Aku takut." Hati kecil Naufal bersuara.

***********

" Assalammualaikum, ibu, ayah!!" Jerit Anis sampai di rumah.

" Waalaikumussalam. Kejap, ibu nak ambik kunci." Jawab Puan Fatimah.

" Sayang, dah malam kan. Bagi salam elok-elok je lah." Lembut Lukman menegur. Dia terus mengeluarkan beg baju dari tempat duduk belakang.

" Kenapa nak jerit-jerit. Kot ye pon excited, fikirlah jiran-jiran." Ucap Puan Fatimah sambil membuka pintu gril rumah.

" Saya dah cakap dah, ibu." Ucap Lukman. Nadanya seperti mengadu pun ada.

" Ibu ni macam tak terkejut je orang balik macamni." Ucap Anis.

" Tu, suami kamu tu dah telefon awal-awal lagi dah.. Dah, masuklah. Ayah dengan abang dekat surau lagi ni." Jawab Puan Fatimah.

" Mulut tu tak payah muncung sangat. Kiss karang." Ucap Lukman lalu masuk ke dalam rumah tetapi sempat lagi belakang badannya dipukul Anis.

" Sudahlah tu. Masuk!" Panggil Puan Fatimah. Dia hanya mampu menggeleng sahaja melihat telatah anak menantunya. Nampak sinar kebahagian yang terpancar di wajah masing-masing.

Lukman meletakkan beg bajunya sebentar lalu menyalami Puan Fatimah. " Saya masuk bilik dulu ya. Nak letak beg ni." Pamit Lukman. Lembut sahaja dia bersuara . Masuk sahaja ke dalam bilik, Lukman hanya tersenyum melihat gelagat Anis yang telah berbaring enak di atas tilam.

" Sayang..." Panggil Lukman lembut yang hendak berbaring atas tilam. Matanya merenung Anis dengan pandangan lembut dan menggoda.

" Ya??" Jawab Anis lembut. Lukman hanya memberikan senyuman.

*******************



Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now