BAB 17

669 21 0
                                    

" Assalammualaikum." Ucap seseorang.

" Waalaikumussalam " Jawab Haifa dan Anis." Ai.. Aishah!! " Hampir serentak mereka bersuara.

" Wei, janganlah jerit. Malu kot. Korang, sorry tau sebab time kita jumpa sebelum ni aku buat layan tak layan je.. Fahamlah aku punya pemikiran ni.. Weng, weng.." Terang Aishah. Dia berasa serba salah dengan layanan yang telah diberikan kepada mereka dahulu.

" Tak apa. Ni, tunang kau mana? " Soal Haifa.

" Tunang je kan. Belum suami lagi. Takkanlah nak angkut pergi mana-mana. " Balas Aishah. Anis hanya tersenyum apabila melihat seseorang di belakang Aishah.

" Tapi, jadi tanggungjawab saya kan. Lagipun lagi dua minggu kita nak nikah. Dah lupa? " Soal Fazril dari belakang Aishah. Aishah hanya memandang Fazril sambil tersengih.

" Hehe.. Janganlah marah." Ucap Aishah kepada Fazril. " Ha !! Nasib baik awak cerita pasal nikah. Nah, kad jemputan untuk korang termasuk dengan family korang. Dua minggu lepas bernikah, kami bersanding. Aku buat kecik-kecik je. Kenduri rumah Fazril minggu lagi satu tu pulak. So, aku harap sangat, at least salah satu majlis tu korang datang." Panjang lebar Aishah menerangkan.

" Insya Allah." Jawab Haifa dan Anis serentak. " Tapi, kalau aku tak ada faham-fahamlah. Tengoklah perut aku ni. " Sambung Haifa lagi. Aishah hanya mengangguk tanda faham.

" Oklah wei. Aku nak pergi siap kejap. Lepas Zohor, nak bersanding. Nak tanggalkan make-up ni lagi. Surau dekat tepi dewan ni je. Solatlah dulu ya. Sebab majlis pukul 4.30 habis. Banyak nak berbual dengan korang ni. Nanti berarak, pergi dewan makan sama-sama. Orang pon dah ramai datang ni. Bubye." Pamit Anis.

****************

Anis dan Lukman melepaskan nafas lega apabila majlis semuanya berjalan lancar. Walaupun pelik dengan kehadiran Naufal yang sebentar sahaja. Sekurang-kurangnya, dia masih menghadirkan diri.

" Aipp !! Nak pergi mana ni? " Soal Lukman. Tangannya sempat mencapai lengan Anis ketika Anis bangun dari sofa dalam biliknya.

" Nak turun bawah. Tolong apa yang patut. Kesian umi awak tu tau." Jawab Anis.

" Kan umi suruh rehat. Mehlah teman abang tengok tv. Tengah bosan ni." Ucap Lukman sambil bibirnya mencebik persis kanak-kanak meminta mainan taupun gula-gula.

" Cik abang sayang, tak eloklah duduk dalam bilik awal-awal. Kita tunjuk muka jadilah, ya. Boleh bukak hadiah wedding kita tadi. Pukul 10 lebih kita duduklah dalam bilik. Mereput terus pun tak apa. Jumpa saudara-saudara yang lain,ya?? " Pujuk Anis. Tangannya memegang kedua-dua belah pipi Lukman.

" Okey. Tapi, tu !! " Ujar Lukman sambil memuncungkan mulutnya kepada Anis. Anis hanya tersengih.

" Sorry, lupa." Balas Anis lalu mengambil tudung dan menyarungkannya. Stokin juga dia tidak lupa untuk memakainya. Saudara-mara yang hadir pastinya ramai. Auratnya harus dijaga. Untuk suaminya juga. Sepupu lelaki Lukman ramai yang berada di bawah. Sebaik-baiknya lengkapkanlah auratnya.

" Bagus." Ucap Lukman dengan nada puas hati. " So, let's go." Sambung Lukman lalu menghulurkan tangan. Mereka beriringan turun ke bawah.

*************

Alaisha dan Naufal duduk berhadapan antara satu sama lain. Alaisha menayangkan muka bosannya sambil mengacau air fresh orennya. Naufal pula hanya termenung menghadap luar.

" Memang nak jumpa kau ni semata-mata nak tengok muka orang yang frust menonggeng ni." Ujar Alaisha sinis. Disisip airnya sedikit.

Naufal memandang Alaisha lama dengan pandangan tajam. " Kita kahwin." Laju sahaja ayat itu meluncur dari mulut Naufal.

" Hahaha. Babe, are you crazy? Tak cukup ke jadi tunangan olok-olok?" Soal Alaisha. Cuba dikawal perasaan gementarnya. Dahulu, memang pasti dia akan terima tetapi tidak untuk sekarang kerana target utamanya hancurkan kehidupan Anis.

" Well, babe. You know how insane I am. So, kalau kau tolak lamaran ni, aku takkan teragak-agak busukkan nama kau. Ouh ya, jumpa your family adopted. Apa yang kau nak buat dekat Anis. Well I knew everything about you, babe. So, take it or leave it? Macamana kalau keluarga angkat buang kau,aku pulak pecat kau, nama kau pun exactly like what i said.. Erm, dah busuk. Fikirlah yang mana." Balas Naufal dengan nada sinis. Dia meninggalkan RM 50 dia atas meja lalu beredar.

**************

Anis membuka matanya yang berat untuk dibuka. Melihat seseorang yang berada di hadapan matanya membuatkan dia tersenyum bahagia. Tambahan lagi, apabila berada di dalam dakapan lelaki itu.

" Dah puas belum tengok muka abang? " Soal Lukman sambil mengenyitkan sebelah matanya. Senyumannya cukup mencairkan jiwa Anis. Anis hanya mendiamkan diri kerana terkejut dan malu.

" Alah, buat apa nak malu. Tengoklah muka abang ni. Tapi abang takut sayang yang bosan tengok muka abang ni." Ujar Lukman lagi apabila Anis masih tidak bersuara.

" Erm, abang. Apakata abang mandi dulu. Subuh dah masuk ni." Ucap Anis.

" Jom."

"Pergi mana??" Soal Anis.

" Mandi, bersihkan diri. Macam semalam, saya akan imamkan awak." Jawab Lukman. Anis terus mengambil tualanya lalu masuk ke dalam bilik mandi dan menyucikan dirinya. Dia bersyukur setelah selesai menjalankan tanggungjawabnya yang satu itu.

Lukman pula mengemas tempat tidurnya lalu beredar ke bilik mandi tetamu sambil membawa kain kotor untuk dibersihkan. Selesai sahaja mandi, Lukman terus masuk ke dalam bilik. Sementara menunggu Anis keluar, Lukman menghamparkan sejadah.

Anis yang keluar lengkap berpakaian terus mengambil telekungnya. Usai sahaja bersolat, Anis bersalam dengan Lukman. Lukman terus mencium dahi Anis. Sesuatu perkahwinan akan bahagia apabila manusia mencintai Allah S.W.T.


+++++

Sesiapa yang nak cerita-cerita menarik boleh search Realiti Cinta. (cover gambar eiffel tower) Hasil karya rakan saya wannurazam . Terima kasih atas sokongan dan vote yang diberikan...


#Crush_On_U




Maaf Jika Aku PergiWhere stories live. Discover now